Wednesday, February 15, 2012

Alhamdulillah...tidak menghampakan


Alhamdulillah syukur sgt2 dgn result yg aku dpt hari nie, biarlah x sehebat pelajar2 lain. selepas nie fokus kpd tesis pulak. Tak sangka dalam aku tak suka study nie pun, nasib still menyebelahi aku. Mungkin berkat doa mak ayah aku nak tengok anak dia berjaya. Kalaulah mak dan ayah aku tahu, yang aku sememangnya tidak berminat untuk belajar dlm course nie mesti diorang kecewa. Memahamilah...sbnrnya aku sgt terkilan dek kerana tpaksa  menolak tawaran dip kejuruteraan mekanikal pertanian (politeknik) selepas SPM dulu, sebabnya ayah aku suruh masuk tingkatan 6. Selepas STPM aku tolak lagi tawaran dip pemprosesan makanan (institut pertanian)sebabnya jauh kate ayah aku, dia suruh aku tunggu tawaran giatmara yang aku isi secara suka2 sementara nak tunggu result STPM. 

Masa nak isi permohonan UPU, aku nak mintak kat UMS sabah sane tu, mak aku tak kasi pulak. Tup2 dpt kat UKM pulak, sukanya diorang... Dari situ aku cuba utk mengerti, memahami, dan menghayati realiti hidup ini. Maka dari situ juga lahirlah tajuk tesis aku iaitu "Faktor-faktor Pemilihan Kerjaya". Sememangnya ibu bapalah yang mempengaruhinya....Apa2 pn dlm tak suka skali pun, pengajian aku cuma berbaki satu semester. Ohyeaah....sebab aku percaya pengorbanan seorang anak itu, tidak pernah setanding dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.