Saturday, May 19, 2012

Bukakan pintu hatiku Ya Allah

Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, 
Aku meneliti keadaan penampilan diri yang agak tidak sempurna penutupan auratnya, 
hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. 
Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya.
 Namun, di saat diri mahu berubah.
Wujud dicelah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling.
 Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui.
 Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya,
 diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.
Aku berdoa agar Allah mempermudahkan jalan untuk aku meraih redhaNya

Teringat aku pada kata-kata yang sangat memberi kesan kpd aku
"Walaupun keadaan terpaksa. Tutuplah AURAT mu, bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. PUASA lah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya memaksa."


 *Bukan soal cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. 

Friday, May 18, 2012

Sopan itu Cantik

Allah S.W.T mewajibkan kepada orang Islam lelaki dan perempuan supaya menutup aurat & mengawal pandangan daripada melihat perkara-perkara yang tidak baik. Begitu juga perempuan Islam tidak dibenarkan menunjukkan perhiasaannya kepada lelaki ajnabi yang bukan mahramnya.
Tujuan Kewajipan ini ialah untuk menjaga kehormatan dan memelihara maruah diri. 

Jom hijrah..
Menutup aurat itu indah

SOLAT lah walaupun keadaan terpaksa. Tutuplah AURAT mu, bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. PUASA lah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya memaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu...??

Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari. . .

Monday, May 14, 2012

Sushi

Bulan lepas sempat belajar buat sushi sendiri dari seorang sahabat, terima kasih nur islam sudi ajar kitorang  buat sushi yang sedap tu.. Aku tertarik dengan sabda Rasulullah tentang berkongsi ilmu nie..

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Aku pun nak berkongsi ilmu tentang cara buat sushi yang mudah nie..

Bahan2
1 cup beras biasa
1/2 cup beras pulut
sea weed
Filament crab stik
Timun Jepun (hiris nipis memanjang)
Tuna
Mayonis
Tikar gulung sushi
Garam sikit

Cara2 nak buat Sushi
1. Beras pulut dan beras biasa dicampurkan, basuh dan masak macam biasa.
2. Ambik sedikit nasi yang agak sejuk, ratakan di atas sea weed. Bubuhlah timun, filament crabstick, tuna, dan mayonis (kalau taknak letak pun xpe, tapi saya suka mayonis).
3. Gulung kemas membentuk sushi dan potong kecil ikut saiz yang korang suka.

(i) Boleh tengok gambar nie 

(ii)Yang nie Nur Islam ajar

(iii) Dan Nielah Hasilnya
*Selamat mencuba

ABADI 12 dihatiku

Hari-hari terakhir di UKM terasa sayu je...Dalam kesibukan menyiapkan tesis yang mana tinggal satu bab je lagi nak siap, sempat jugaklah kitorang pelajar tahun akhir ke dinner tahunan kolej aminuddin baki (ABADI12) mengisi perut haha...Terasa pantas masa berlalu..

Tema : Makan Sampai Kenyang
Ambik gambar pakai henset buruk je...

*Suatu hari nanti aku pasti merindui kehidupan kampus yang aku lalui skrg, gambar2 dan catatan nielah pengubat rinduku kepada setiap kenangan telah tercipta dengan izinNya.

Saturday, May 12, 2012

Tambah koleksi novel

Alhamdulillah... aku minat membaca buku2 or novel2 yang boleh memotivasikan diri aku. Kalau dulu, aku suka sangat beli komik Le Gardenie, Under 18, dan macam2 lg. Baru-baru nie berlangsung pesta buku di PWTC tapi aku x berpeluang nak ke sana, mungkin banyak kerja yang perlu diselesaikan, so aku kirim jela dekat kawan beli novel suami aku ustaz dan cinta high class&cintaku kerana agamamu.

Nielah bukunya 

Tapi buat masa nie  aku takdan nak baca sampai habis. Kadang-kadang kalau ade waktu terluang, aku mesti luangkan masa untuk baca buku cinta high class & cintaku kerana agamamu. Sangat bagus...dia menggambarkan begitu indah cinta jika berlandaskan agama (pengalaman penulis mungkin) dalam melayari bahtera perkahwinan mereka. Novel suami aku ustaz pulak belum sempat dibaca lagi. Terlalu buzy dengan penulisan tesis yang perlu dihantar 2 minggu lagi dan kehadiran asaimen yang semakin banyak..Sabarlah duhai hati, hati 2 minggu lagi semuanya aku kembali normal insyaallah.