Friday, December 30, 2011

Ari nie tak tau nak buat ape pulak pagi2. So update jap belog nie ha sal kejadian semalam. Bercerita tentang seorang kawan sekelas aku yang diduga dengan ujian dari Allah S.W.T. dan aku sanggat kagum dengan tindakan yang sanggup menggadaikan masa depan demi keluarganya.

Ceritanya bermula begini....
Kawan aku sorang nie berasal dari keluarga yang biasa2 je
Dia mempunyai seorang abang, dan 3 orang adik lelaki
Abang Dia sedang menjalani  training bomba yang bakal tamat Feb2012
Adik2 dia pula, sorang belasan tahun, sorang berumur 5thn, dan sorang lg baby lagi
Ayah dia pula kena strok dan menerima rawatan di hospital
Mak dia pulak sorang suri rumah tangga
Dan Dia seorang mahasiswa UKM yang juga sahabat aku

Dalam 5 ari lepas
Suatu keadaan yang telah mengubah pendirian dia
Dia mengakui goyah, jatuh tersungkur dengan dugaan ini
Adiknya yang belasan tahun yang selalu menjaga ayahnya yang sedang sakit
terlibat dalam kemalangan berlanggar dengan sebuah bas
Lalu meninggal dunia..

Semua dugaan nie berlaku semasa kami semua cuti study week
Aku tau berat baginya melalui minggu study week nie
Mane dengan nak kena hantar assignment lagi, presentation lagi,
Nak buat tesis lagi, nak study lagi, nak hantar ayah dia gi hospital termerloh 
Aduh tak tertanggung rasenya tanggungjawab nie.
Adiknya meninggal dua hari sebelum ayah perlu dihantar ke hospital

Sungguh kuat tamparan ini baginya...
Adik yang dikasihi tiada lagi disisi pergi buat selama-lamanya
Ayah yang sakit perlu dijaga
Adik-adik perlu diberi makan
Mak pula tidak berdaya, perlu menjaga baby yang masih kecil
Kemana dia hendak mengadu....

Hasil perbincangan dengan abangnya
Mereka hanya mempunyai 2 pilihan
Sama ada abangnya @ Dia perlu berhenti belajar
Untuk menggalas tugas menggantikan si ayah yang terlantar sakit
Dia putuskan biarlah Dia berhenti belajar

Fuhh....semalam 29Dis dia datang temui kami di Fakulti 
Aku tak sempat untuk menjenguknya
Kerana semasa itu masing2 sibuk dengan presentation
Dia datang ke UKM pun atas alasan
Untuk menguruskan surat berhenti belajar
dan mengambil barang di kolej kediamannya

Selesai tamat perbentangan kami 1 kelas sepakat untuk memujuknya
Untuk kembali bersama kami menghabiskan pengajian yang masih berbaki 1 semester sahaja lagi
Kami terus menuju ke kolej Kerismas
Aku temui Dia 
Nampak perubahan diwajahnya 
Matanya bengkak, air mata tak berhenti-henti menangis

Kata Dia...
"DIA nak benti Belajar, fullstop"
"DIA nak keje  bantu keluarga "
"Rezeki ade dimana2, mungkin bukan rezeki DIA kat sini"

Bagi kami sekelas...
Tidak lengkap pengajian kami tanpa awak
Tidak seronok tanpa Awak  bila kita grad tahun depan

Setelah dipujuk hampir berjam-jam lamanya
Hampir kami berputus asa untuk memujuknya lagi
Tapi alhamdulillah dia berjaya  dicairkan dengan tangisan kami
Cuba membuka hatinya, cuba menyuntik semangat di jiwanya

Kami semua akan bantu awak..
Semester depan cuma ade 3 kelas je
Awak boleh balik selebihnya...
Kembali bersemangat semula
Datang pada exam 3Januari 2012
Kami semua menunggu DIA di dewan peperiksaan

Akhir kata dari aku buat Wani...
Jangan sesekali menjadikan dugaan ini sebagai penghalang awak untuk berjaya
Tetapi jadikan dugaan ini sebagai pembakar semangat awak untuk terus berjaya
Kami semua sayang Wani..

Monday, December 26, 2011

bukan dia



Aku mengenali kamu mungkin sudah lama
Tapi kini baru untuk mendekati jiwamu..
Aku sedar, aku mula menyayangimu
Tapi aku tidak mahu, aku tidak rela 
Jika sayangku ini meracun jiwaku

Aku lebih rela putus jauh darimu
Kerana aku tahu ianya dusta belaka
Maka dengan itu, aku putuskan biar jiwa ini
Kecewa daripada aku menanggung dosa
Mencintai lelaki yang belum tentu menjadi 
Suamiku kelak...

Aku hanya seorang wanita
 Yang hanya ingin dicintai oleh suamiku yang sah
Maka dari itu, aku mesti kuat
Melawan nafsu untuk bercinta..
Kerana aku tahu bercinta selepas kahwin 
Jauh lebih indah....

*perjalanan aku masih jauh

Sunday, December 25, 2011

Bertemu pemaju Yuwang Development

Tugasan terakhir bagi sem nie adalah bertemu dengan pemaju perumahan di Cheras. Banyak juga lah input yang ktorg dapat tentang projek perumahan hasil temubual dengan Encik Patrick selaku pengurus pemasaran. Layan gambar picture dulu la...


Sesi bertemu responden>makan2>temubual bersama Yuwang Development Sdn.Bhd.


Sebelum balik, kami menyampaikan cenderamata kpd En. Patrick atas kesudian beliau memberi kerjasama.

*Kini kami menyambung penulisan report kepada Dr. Azima dan Dr. Suraiya dibentangkan pada minggu ke14 nanti. Sekian....

Monday, December 5, 2011

kajian putrajaya ke arah pelaksanaan pembudayaan nila-nilai murni

[3 Disember 2011]
Pada jam 8 pagi kami pelajar krusus Perancangan bandar dan Wilayah berangkat ke Putrajaya untuk menjalankan "kajian putrajaya ke arah pelaksanaan pembudayaan nila-nilai murni" di kawasan perumahan presint 9 dan presint 16. Alhamdulillah kedatangan kami disambut baik oleh penduduk di situ. Bagi aku komuniti Putrajaya masih lagi mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diwarisi sejak dahulu lagi. Mereka tidak sombong  sudi memberikan kerjasama. 


Sepanjang kajian lapangan di Putrajaya                                                           

1.sebelum bertolak sempat ambil gambar dahulu

2.Sebelum membuat kajian, kami dijemput oleh pengerusi untuk mendengar sedikit taklimat


3.Bersama responden  


4.Berehat sekejap food court untuk makan tengah hari




5.sebelum balik, kami bergmbar dengan pengerusi Rukun tetangga yang banyak membantu kami dalam menjayakan ini.terima kasih daun keladi, insyaAllah kami akan datang lagi.


Part bertemu responden dah tamat. destinasi seterusnya, singgah di Masjid Putrajaya untuk solat asar sebelum berangkat pulang
SERUMPUN KITA SELAMANYA 

Friday, December 2, 2011

KAJIAN MARI MELANCONG

minggu lepas (25hb-27hb Nov) kitorang jalan2 ke Melaka sambil menyiapkan  research "melaka sebagai tapak warisan dunia". seronak sgt sambil pergi interview responden dapat shopping,jalan2, mkn2, main bowling dgn bdk2 SP. Tapi serius paling benci nk proses data puiii...   lepas nie ade 2 lg research yg kena disiapkan dan lokasinya di Putrajaya n Taman tasik seremban. seronok memang seronok tapi kopak duit aku, dah la hujung2 sem ni.


perjalanan untuk tugasan kali ini. melaka aku cabar ko!!!!


1.bergambar dulu sebelum bertolak melaka dgn bdk2 SP

2. Taklimat drp Dr. Bib di Hotel Sri Pelang


3.operasi mengedarkan soal selidik bermula...


4.malam tu sambung maen bowling pulak!!!! release tension beb.

5. sempat bergambar di mahkota parade

27hb 2011 bertolak pulang. sebelum tu sempat shopping baju melaka, sedikit cenderamata untuk dibawa pulang n jln2 kat jonker walk.



SP 2009/2012 hanya ade 32 org je
kemane pun kita tetap bersama
tinggal 1 sem lagi sebelum menjejaki alam pekerjaan
abadikanlah setiap detik kita bersama 
dalam memori hidup kita
wslm....