Wednesday, November 28, 2012

Urmm....Hari nie aku dh berhenti kerja

Barangkali bukan rezeki aku kat sini 

Banyak yang aku belajar

Selalu terdengar suara sumbang yang mengata

Alahai manusia....

*Perjalanan masih panjang, pengalaman mematangkan aku, ok terus langkah mara ke depan. Jangan disesalkan dengan keputusan yang pernah kita buat.


Friday, November 16, 2012

              Hidup ini

              Adakalanya terlalu sukar

              Adakalanya terlalu indah



              Tetapi

              Yang sukar itu pengalaman

              Yang indah itu kenangan

SALAM MAAL HIJRAH MOGA HIDUP KITASENTIASA DALAM RAHMAT-NYA..AMIN

Monday, November 5, 2012

Mood Kerja
#Alhamdulillah...
Hari ini dh start kerja
Kerja kilang je..
Tak kesah pun
Janji halal..
Mood Jiwang
#Dan awak...
Saya belom sedia 
Menerima awak dalam hidup saya
Jangan menagih rasa cinta

Tuesday, October 30, 2012

Pencari kerja

Sekarang mood mencari kerja

Bukan senang 

Tapi 

Tak mustahil 

Yang penting Usaha

Tawakal kepada Allah...

 Allah jika rezekiMu masih di langit, turunkanlah. Jika di bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah.






 lagi


Bara

Tuesday, October 16, 2012

Nilai sehelai JUBAH

Terasa macam ditarik-tarik untuk menaip. Sekadar ingin berkongsi. Tak Banyak. Ringkas je..

Dah sampai dipenghujung

Di sini penamatnya

Syukur....

Masih diberi kesempatan

(Jubah kita warna Hijau)

To : adik2 dan anak2 buah aku..
kite dah grad..anda bile lagi???

sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita SYUKURI NIKMAT yang diberi sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
TQ ALLAH....

Thursday, August 30, 2012

Praktikal Minggu ke 8 - Tamat disini

Bismillahirrohmanirrohim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebaikan serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran & saling menasihati dengan kesabaran." [Al-Asr (103): 1-3]
Terasa begitu cepat masa berlalu..Hari yang ditunggu telah pun tibe. Tapi kenapa hati ini terasa begitu berat untuk melangkah pulang, seolah-olah jiwaku sudah terpahat di sini.


 
 Hanya ucapan jutaan terimakasih dan setinggi penghargaan  yang mampu saya luahkan di atas semua sokongan dan ilmu yang dicurahkan oleh kalian kepada diri ini. Hanya Allah S.W .T sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budi baik kalian semua, InshaAllah.

Pertemuan kita adalah takdir dari Allah S.W.T


Kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi

Wednesday, August 15, 2012

PRAKTIKAL MINGGU 7 - KAD RAYA YKSNS

Alhamdulillah esok ktorang dah start cuti raya...memang excited giler rasa nak balik kampung.mane taknya baju raya pun tak sempat nak beli, nasib baik mak aku tolong belikan, tq my mom...Perkara yang paling penting minggu nie, design kad raya YKSNS dan diedarkan kpd Adun Kuala Pilah dll. Alhamdulillah sekurang-kurangnya ade jugak kenangan yang aku tinggalkan di YKS nie. 

Disempatan nie aku pun buat ucapan raya
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam di seluruh dunia 
Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan 



Monday, August 13, 2012

Praktikal minggu ke 6 - ceriakan hati anak-anak YKS

Alhamdulillah hari nie dah masuk ramadhan ke 24, bermakna tinggal beberapa hari je lagi umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Terasa dah cam tak sabar nak balik kampung, rasanya jasad  je yg ade kat OSC YKS nie lagi, otak n seluruh jiwa aku dah memang terpacak kat kampung. Berbalik pada catatan praktikal aku, minggu nie aku banyak urusan di luar, ke JPN Seremban, Hospital, Klinik, Pejabat Agama Islam Seremban, Mahkamah rendah Syariah...ok semuanya atas urusan klien. Untuk hari sabtu kitaorang ke Hotel Desa Inn untuk majlis penyampaian sumbangan duit raya bersama Adun Kuala Pilah. Alhamdulillah adik2ku ceria.Murah rezeki mereka dibulan puasa kali ini. 

Keceriaan warga YKS disepanjang bulan ramadhan 1433H

Tuesday, August 7, 2012

Praktikal- Minggu ke 5 - Jangan kerana program kita bergaduh

Alhamdulillah dah masuk  Ramadhan yg ke 18 dah. Minggu nie terlalu banyak program lawatan Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama warga YKSNS.  Kami pelajar praktikal dilantik sebagai AJK pelaksana program. Bilamana tekanan kerja yang mendesak, tuntutan kesempurnaan yang terlalu tinggi, adakalanya kita lupa ada kata-kata atau tingkahlaku kita menyakitkan hati orang lain. Lebih menyakitkan lagi andai kata2 itu keluar dari mulut seorang rakan.Dimana letaknya nilai sebuah persahabatan. 


Aku tak pernah sedih dengan penilaian kau terhadap aku
Sedaya upaya aku menahan amarah dihati agar kau nampak gah dimata Presiden
Walhalnya semua skop tugas yang diberikan padaku telah aku laksanakan dengan sempurna
Tapi kenapa ye..kau memfitnah aku
Walaupun bukan salah aku, aku merendahkan egoku untuk berjabat tangan memohon maaf
Terasa diri ini terlalu hipokrit...
Ya Allah.. ikhlaskan hatiku dengan dugaan ini..
Firman Allah S.W.TOrang-orang bertakwa ialah orang yang berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mencintai orang yang berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)


Friday, July 27, 2012

Praktikal- Dah masuk minggu ke 4

Jumaat - 7 ramadhan 1433 hijrah. Ramadhan kali penuh makna. Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu ke 4 aku praktikal dgn YKS, dan 2 minggu dipindah ke pusat dakwah islamiyah Paroi. Minggu nie tak banyak klien datang, tapi kes mereka berat jugaklah. Aku kena handle satu kes je (urusan perkahwinan je..Tapi yang rumit kes nie adalah status perkahwinan klien dengan pasangan terdahulu meragukan, proses mendapatkan wali mujbir @wali hakim lg, kebenaran poligami lg. InsyaAllah kami akan usaha sehingga urusan klien selesai. Pada hari isnin tu jugak kami mendapatkan kes seorang muallaf yang memohon bantuan mengeluarkan anak2nya dari pertubuhan kebajikan kristian. Ya Allah permudahkan urusan saudariku mendapatkan haknya kembali. Yang paling menyedihkan aku kes seorang muallaf lelaki (21thn) dihalau keluarga setelah status pengislamannya diketahui dan diberhentikan kerja. Mengalir juga air nie mendengar cerita saudara baru nie. Tapi alhamdulillah pihak OSC dapat membantunya mendapatkan pekerjaan dan ditempatkan dipusat perlindungan.Besar ujian Allah terhadap dirinya, semoga dia terus istiqomah dalam mengharungi hidupnya.

Thursday, July 19, 2012

Praktikal minggu ke 3 - One Stop Centre

Hari nie 30 Syaaban, esk  dah start puasa. kan best kalau dapat berbuka bersama family kat rumah. Untuk minggu ke 3 nie, aku dipindahkan ke Pusat Dakwah Islamiyah Paroi. 
Kalau dulu di Kompleks YKS aku tak tau nak buat ape, kat sini banyak keje  sampai xde mase nak rehat. 
Banyak yang aku belajar, macam2 kena buat, kena design logo One Stop Centre YKS, buat kad Raya YKS, cari sponser Program D'Ambang Syawal, 
buat laporan kronologi gerak kerja Program D'Ambang Ramadhan, jawab call, layan klien yang datang, ape2 pun aku suka sebab niat utama kami adalah untuk membantu mereka yang ditimpa ujian. kan sini aku dilatih menjadi seorang yang serba boleh, 
kena jadi warden asrama di Darul Ukhuwah, jadi kaunselor kepada klien, cuba memahami masalah muallaf dan membantu mencari jalan penyelesaian meraka. 

Start minggu ke 3, aku dipindahkan ke One Stop Centre YKSNS 


 Buku program yang aku design untuk Program D'Ambang Ramadhan(14 julai 2012)


 Slot Ceramah yang di sampaikan oleh ustaz Nasir. penuh pengisian yang bermanfaat.

Baru aku tahu rupanya
Allah sembunyikan matahari..
Allah turunkan hujan dan kilat..
Kita tertanya tanya..ke mana perginya matahari..
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..
Terima kasih Ya Allah


Menjalani latihan amali di YKS penuh dengan pengisian rohani. Sangat bagus untuk orang seperti aku. Semoga sinar hidayah hadir dalam diriku.


Wednesday, July 4, 2012

Praktikal-Part 2 Moga diberi kekuatan-

Entah kenapa tetiba aku terasa rindu pada korang nanie, happy smile, dan nur islam.Tempat praktikal nie lain sangat dan terlalu asing bagi aku. Aku tak tau skop kerja aku sebenar, kenapalah cm nie..Macam mana nak tolong organisasi nie??

Tak reti memasak..tak pernah memasak untuk orang lain
Tak reti nak mengajar orang..Adik sendiri pun aku tak pernah ajar
Tak reti bab islam nie..aku sendiri masih tercari2 lagi kekuatan tu
Tak reti nak nakjaga budak2..adik sendiri pun tak terjaga..

Sebab tulah aku rase cam tak serasi je kat sini..Memang aku payah nak ngam dengan orang lain. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk lalui semua nie.Aku betol2 lemah..moga dipermudahkan segalanya..nak Balik..

Tuesday, July 3, 2012

Praktikal -Part 1-

Semalam hari pertama aku menjalani latihan industri yyks negeri Sembilan. Apa yang aku boleh katakan boleh tahanlah penat dia. Rata-rata kawan aku yang lain banyak praktikal di agensi kerajaan macam pejabat tanah, pejabat daerah, pejabat penerangan, n cm2 lah. Yyks terlalu istimewa bagi aku, aku sangat tersentuh melihat mereka hidup berdikari..Yyks nie  menyediakan tempat perlindungan kepada saudara baru, anak-anak saudara baru, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan bantuan sehingga permasalahan mereka dapat diselesaikan atau disalurkan ke agensi atau institusi yang berkaitan. 

Sunday, July 1, 2012

-TAMAT DI BUMI U.K.M-

Alhamdulillah...selepas tamat exam kamis hari tu dan selesai semua urusan, aku blk ke kampung..Tesis pun dah hantar, sekarang nak kena fokus pada praktikal lak...Tetibe je rase nervous nak gi praktikal esok.huhuhu...mane taknya sorang2 je kat kuala pilah nanti. Sementara berada dirumah sehari dua nie aku ade try resepi wat aiskrim hehehe...menjadi lak tu...

                                 Tesis aku..haha....siap gak akhirnya.. terima kasih Dr. Siva (penyelia aku)



Aiskrim vanila letak oreo sikit..sedap..

Balik sekolah terus makan aiskrim nie..sedap katenya...

*Esok bermulalah perjalanan aku sebagai pelajar praktikal di yayasan, Redhai aku Ya Allah... Moga Engkau permudahkan segalanya..Amin...

Thursday, June 21, 2012

Redha Ibu Bapa

Esok dah start exam untuk plajar SP tahun3. Semoga kita semua boleh menjawab soalan exam dengan baik. Tugas kita beratkan memikul amanah keluarga, sekalipun diri ini tidak berminat dengan   program yg aku ikuti sekarang. Tapi berjaya mengharunginya, mungkin untuk menjiwainya aku kurang sikit kot. InsyaAllah akan aku tunai hasratmu wahai mak ayah yg aku kasihi. Kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Ya Allah, lamarlah hatiku dengan cintaMu..agar aku dapat terus berpaut dalam redhaMu

Bagi aku...
Jika kita belajar untuk LULUS peperiksaan.....mungkin kita akan lulus peperiksaan....tapi tak mustahil boleh gagal....Jika kita belajar untuk KERJA..mungkin kita akan dapat kerja...tapi tak mustahil akan menganggur...Tapi jika kita belajar kerana Allah....terutama ILMU AGAMA...walaupun tak dapat kuasai ilmu...tapi dapat KEREDHAAN....serta PAHALA daripada Allah itu PASTI.. 

Ya Allah 
Engkau tahu apa yang terbaik, maka Engkau takdirkanlah yang terbaik untukku.
Sesungguhnya aku benar tidak punyai Tuhan melainkan Engkau dan sesungguhnya hanya kepada Engkau aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku meminta pertolongan.


Wednesday, June 13, 2012

Semoga dipermudahkan VIVA

Ya Allah permudahkanlah perjalanan aku pada hari esok. Setabah-tabah manusia, adakalanya aku rebah dek kata2 dan cacian orang. Apabila mendapat tahu pemeriksa ke 2 adalah Dr.H yang mana kalau boleh aku nak elak sangat. Berdasarkan pengalaman aku present proposal kajian dengan Dr.H sem lepas, cukuplah membuatkan diri ini goyah. Tapi apekan daya perkara yang paling aku tak suka tulah yang aku dapat. Bukan nak mengaibkan orang, tapi itu pandangan aku. Mungkin persepsi aku salah, sesungguhnya Allah lah yang Maha Mengetahui. Ramai sahabat2 aku yang lain memberi reaksi yang berbeza, berdasarkan ape yang diorang post di facebook ade yang suka sebab pemeriksa yang baik, yang yang macam aku. 

"Sebaiknya Jangan banyak sangat luah perasaan sendiri kat facebook. Banyakkan tazkirah untuk semua. Yang tak puas hati tu simpan dalam hati,mengadu pada Allah lebih baik dari luah dari kat facebook"-Ustaz Azhar Idrus.

kadang-kadang tu bilamana kita meminta, lalu ALLAH memakbulkan permintaan kita..bersyukurlah. Tapa andai permintaan kita jadi sebaliknya 'tidak dapat apa yang diinginkan'..bersyukur jugalah
Kerana itulah hadiah buat kita. Itulah jawapan daripada permohonan kita. Kita tidak dapat apa yang diimpikan tidak mengapa. Kerana ALLAH tahu segala-galanya.


Lantaran itulah, aku akan cuba sebaik mungkin. Viva nie sangat penting, kalau aku ditakdirkan gagal maka harapan mak ayah aku nak tgk aku grad tahun nie takkan tercapai. Berat amanah dan tanggungjawab itu. Tenanglah wahai hatiku, kerana sabar itu cukup indah. Tatkala ini aku cuba berfikiran positif. Teringat kata-kata boleh mendamaikan hatiku..

Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita. Teguran yang diberi bukanlah untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat, tapi hanya untuk membaiki kelemahan masing-masing. Ingatlah kita cuma manusia biasa yang tak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Maafkan saya sebab berprasangka buruk terhadap Dr.H..
Robbi Yassir Wala Tu'assir..Moga Allah Permudahkan Viva esok..Amin..

Saturday, May 19, 2012

Bukakan pintu hatiku Ya Allah

Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, 
Aku meneliti keadaan penampilan diri yang agak tidak sempurna penutupan auratnya, 
hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. 
Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya.
 Namun, di saat diri mahu berubah.
Wujud dicelah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling.
 Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui.
 Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya,
 diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.
Aku berdoa agar Allah mempermudahkan jalan untuk aku meraih redhaNya

Teringat aku pada kata-kata yang sangat memberi kesan kpd aku
"Walaupun keadaan terpaksa. Tutuplah AURAT mu, bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. PUASA lah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya memaksa."


 *Bukan soal cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. 

Friday, May 18, 2012

Sopan itu Cantik

Allah S.W.T mewajibkan kepada orang Islam lelaki dan perempuan supaya menutup aurat & mengawal pandangan daripada melihat perkara-perkara yang tidak baik. Begitu juga perempuan Islam tidak dibenarkan menunjukkan perhiasaannya kepada lelaki ajnabi yang bukan mahramnya.
Tujuan Kewajipan ini ialah untuk menjaga kehormatan dan memelihara maruah diri. 

Jom hijrah..
Menutup aurat itu indah

SOLAT lah walaupun keadaan terpaksa. Tutuplah AURAT mu, bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. PUASA lah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya memaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu...??

Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari. . .

Monday, May 14, 2012

Sushi

Bulan lepas sempat belajar buat sushi sendiri dari seorang sahabat, terima kasih nur islam sudi ajar kitorang  buat sushi yang sedap tu.. Aku tertarik dengan sabda Rasulullah tentang berkongsi ilmu nie..

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Aku pun nak berkongsi ilmu tentang cara buat sushi yang mudah nie..

Bahan2
1 cup beras biasa
1/2 cup beras pulut
sea weed
Filament crab stik
Timun Jepun (hiris nipis memanjang)
Tuna
Mayonis
Tikar gulung sushi
Garam sikit

Cara2 nak buat Sushi
1. Beras pulut dan beras biasa dicampurkan, basuh dan masak macam biasa.
2. Ambik sedikit nasi yang agak sejuk, ratakan di atas sea weed. Bubuhlah timun, filament crabstick, tuna, dan mayonis (kalau taknak letak pun xpe, tapi saya suka mayonis).
3. Gulung kemas membentuk sushi dan potong kecil ikut saiz yang korang suka.

(i) Boleh tengok gambar nie 

(ii)Yang nie Nur Islam ajar

(iii) Dan Nielah Hasilnya
*Selamat mencuba

ABADI 12 dihatiku

Hari-hari terakhir di UKM terasa sayu je...Dalam kesibukan menyiapkan tesis yang mana tinggal satu bab je lagi nak siap, sempat jugaklah kitorang pelajar tahun akhir ke dinner tahunan kolej aminuddin baki (ABADI12) mengisi perut haha...Terasa pantas masa berlalu..

Tema : Makan Sampai Kenyang
Ambik gambar pakai henset buruk je...

*Suatu hari nanti aku pasti merindui kehidupan kampus yang aku lalui skrg, gambar2 dan catatan nielah pengubat rinduku kepada setiap kenangan telah tercipta dengan izinNya.

Saturday, May 12, 2012

Tambah koleksi novel

Alhamdulillah... aku minat membaca buku2 or novel2 yang boleh memotivasikan diri aku. Kalau dulu, aku suka sangat beli komik Le Gardenie, Under 18, dan macam2 lg. Baru-baru nie berlangsung pesta buku di PWTC tapi aku x berpeluang nak ke sana, mungkin banyak kerja yang perlu diselesaikan, so aku kirim jela dekat kawan beli novel suami aku ustaz dan cinta high class&cintaku kerana agamamu.

Nielah bukunya 

Tapi buat masa nie  aku takdan nak baca sampai habis. Kadang-kadang kalau ade waktu terluang, aku mesti luangkan masa untuk baca buku cinta high class & cintaku kerana agamamu. Sangat bagus...dia menggambarkan begitu indah cinta jika berlandaskan agama (pengalaman penulis mungkin) dalam melayari bahtera perkahwinan mereka. Novel suami aku ustaz pulak belum sempat dibaca lagi. Terlalu buzy dengan penulisan tesis yang perlu dihantar 2 minggu lagi dan kehadiran asaimen yang semakin banyak..Sabarlah duhai hati, hati 2 minggu lagi semuanya aku kembali normal insyaallah. 

Monday, April 30, 2012

Bengkel Latihan Industri 2012

Alhamdulillah akhirnya berakhir jugak bengkel latihan industri nie.. Banyak pengalaman yang boleh dikutip daripada program tersebut. Mungkin inilah bengkel terakhir, sebelum kami melangkah meninggalkan dunia kampus. Antara slot2 dalam program yang dijalankan selama 2 hari tu, dimulai dengan slot Taklimat Latihan Industri, diikuti oleh slot Professionalisme. Pada hari berikutnya, slot ke-3 ialah Grooming, slot ke-4 pulak Etika Kerjaya, dan slot terakhir sekali ialah Forum bersama Alumni PPSPP dan majlis perasmian penutupan. Sekarang boleh fokus kepada tesis pula, dah tak lama nak submit. 

Meeting yang dijalankan setiap hari rabu bersama Ketua Program


 Program Belangsung (27/04/2012 - 28/04/2012)


Bengkel nie sebenarnya hasil kerjasama drp program Geografi, Antropologi Sosiologi, dan Sains Pembangunan di bawah pusat PPSPP.

Pelajar Geografi 

Pelajar Antropologi Sosiologi

Pelajar Sains Pembangunan

Banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi cukuplah ini sahaja sebagai kenangan kami bersama menjayakan bengkel tersebut.
Bye2...

Sunday, April 29, 2012

La Tahzan...Jangan bersedih !

Ya Allah, jika aku lalai, sedarkan aku.
 Jika aku jauh dariMu, dekatkan aku pada jalanMu. 
Jika aku terlalu sayangkan hambaMu, 
ku mohon tambahkan cintaku padaMu... 
Ampuni ku Ya Allah


Semalam sempat pinjam buku La Tahzan kat ptsl. Bagus buku nie banyak ilmu yang boleh dipelajari. Aku sempat baca pengisian dalamnya yang bertajuk  Jangan Bersedih, kerana Rabb Maha Pengampun Dosa dan Penerima Taubat


Firman Allah 

Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan mengharapkanKu maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa-dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemuiKu dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besar seisi bumi seluruhnya."  

Singkatannya, selama hamba itu bertaubat, meminta keampunan dan menyesali perbuatannya, maka Allah akan mengampuninya.Walau sedikit perkongsian bacaan aku, insyaAllah sarat dengan pengajaran. Banyak yang perlu dipelajari. semoga di dlm redha Allah.. 
Aminn...


Sunday, April 22, 2012

Fieldwork Terakhir Sains Pembangunan

Alhamdulillah masih berbaki sebulan lagi sebelum peperiksaan bermula. Untuk fieldwork terakhir  kami ke kuala pilah je untuk memenuhi tuntutan krusus advokasi, penglibatan dan pembangunan. Kumpulan kami memilih tajuk  Jenis penglibatan golongan petani dalam projek-projek jabatan pertanian. Tetiba je jatuh hati kat bidang pertanian nie, memang seronok bila dapat berbakti dengan tanah. Kami dikehendaki menemuramah pengusaha Bcl Agro Farm. Sempat gak ambik gambar buat kenangan hehe..


Nie masa penyerahan program anak angkat

Di pejabat daerah k.pilah ketika mendengar taklimat dan soal jawab dgn pegawai pertanian

Pemilik Bcl Agro Farm yg kami temui

Melawat khemah yg menempatkan cendawan2

Bergambar dulu sebelum blk..buat kenangan


Ahli kumpulan kami


Alhamdulillah...
Mungkin sudah sempurna tugasan kami
Saat pepisahan antara kami sudah hampir tiba..
Pertemuan kami adalah takdir dari Allah S.W.T
Sebuah pertemuan yang berjaya menyatukan hati kami
Aku sayang korang...

Aku tau hari perpisahan tu semakin dekat
Kita pasti merindui saat2 bersama..

Nur islam...
awk terlalu baik. mengenali awk adalah suatu hikmah yg besar bg sy
Jujur bg saya, awk penasihat yg terbaik.
Moga kite same2 menjadi muslimah yg solehan

Farah...
Kau penguat aku..
Aku sangat kagum dgn ketekunan ko dlm mengejar cita2..
Suka dengar ko bercerita...bersemangat
Moga ukhuwah yg terjalin berkekalan akhir hayat

Mazlin...
Kau kawan yg sangat setia dan pendengar yg prihatin...
Selalu temankan aku pergi mana2..
Persahabatan kita tetap terjalin walaupun agama kita berbeza
Doaku moga suatu hari nanti Islam menjadi agama yang kau anuti sama seperti kami..

Korang semua...
Hanya Allah S.W.T saja yg tau betapa aku sayang korang
Walaupun pertemuan kita adalah sementara
Banyak perkara yg kita pelajari

Percayalah..
Walaupun jauh kita terpisah
Terengganu, Perak, Johor, dan Sarawak sekalipun
Memori yg selama ini kita cipta pasti akan tersemat dalam hatiku
sehingga akhir hayat
Terima Kasih Allah S.W.T kerana mempertemukan aku dgn sahabat2 sebaik mereka
Aku Sayang Mereka KeranaMU Ya Allah..

Monday, April 2, 2012

Hijrah

Bulatkan niat,

Kuatkan munajat.


Semuanya…
Bukan kerana  manusia,

Bukan ingin dipuja,Hijrah…
Menghijrahkan diri memang payah,
Ada masa kita kalah,
Ada masa kita lelah,
Ada masa kita bertuah,
Itulah namanya Mujahadah.

Mujahadah….
Kadang-kadang orang marah,
Kerana selalunya menentang arah.
Kadang-kadang orang tak suka,
Jadilah kera sumbang sahaja.
Kadang-kadang orang mengata,
Tunjuk baik, padahal berpura-pura.
Kadang-kadang orang menghina,
Kolot! tak mengikut peredaran masa.
Kadang-kadang orang tak yakin,
Semuanya tak boleh, kita jadi miskin.
Kadang-kadang orang menjeling,
Tunjuk hebat! Macamlah dia orang penting.

Oleh itu…
Teruskan melangkah,
Walaupun payah.
Teruskan tekad,
Walaupun penat.
Bukan ingin dimulia,
Bukan untuk berbangga,
Bukan untuk mencari nama,
Bukan untuk segalanya di dunia.

Tapi untuk Allah yang Esa,

Untuk Syurga penuh pesona,
Semoga Allah sentiasa bersama kita.

Ameen, amen ya Rabbal Alamin.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.

Tuesday, March 27, 2012

Ingin Aku Berhijrah

‎~✿>> Janganlah kita menghancurkan HARAPAN seseorang untuk BERUBAH ke arah KEBAIKAN walaupun dengan sedikit sahaja kata-kata yang boleh MENJATUHKAN semangatnya..ingatlah, bukannya senang seseorang itu ingin menguatkan dirinya menuju REDHA Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran..oleh itu, HARGAILAH niat dia dan jangan pandang dia dengan PANDANGAN YANG HINA..



p/s : Ingatlah, dia sedang BERMUJAHADAH..sedang MENCUBA untuk berubah menjadi yang terbaik pada pandangan Penciptanya..mungkin perubahan dia adalah LEBIH BAIK daripada kita..♥♥



Ya Allah...terlalu banyak dosaku padaMu
Sebenarnya terlalu banyak kekusutan yang aku alami, tak taulah apa puncanya..puas aku mencari jalan agar aku temui punca sebenar kekusatan yang aku alami nie.Hasilnya bacaan yang bersifat islamik, aku temui jawapannya.Ya...jawapan aku perlu berhijrah.


Niat tu memang  nak berubah, nak tinggal semua perkara yang pernah aku lakukan dulu. Bercerita tentang perkara yang dah lepas, banyak yang aku sesali. 


Suatu ketika dulu, aku..
Aku free hair, keluar langsung tak pakai tudung
Ramai budak laki kelas aku tegur, tapi aku wat tak tau je
Baju pun singkat2 je, ikut trend agaknya...
Petang2 pergi jalan naik motor pn tak pakai tudung
Solat lagi la kadang2 je, ikut mood, solat subuh jarang sangat
Mengaji Al quran pun tak
Hari2 aku dipenuhi dengan menonton televisyen, dengar radio, sembang2, makan tidur je
Banyaknya dosa aku Ya Allah...


Pabila aku masuk universiti aku tengok ramai manusia..
Hatiku tak pernah nak rasa gembira, susah nak senyum
sampaikan aku dpt anugerah senyuman paling mahal drp budak2 kls aku
Aku tak tau, jiwa aku kosong, tak rasa lega langsung
Kekadang aku malas nak bercakap banyak
Tak tau nak sembang ape...
Aku selalu berfikir..kenapa yer aku sentiasa bersedih


Pada suatu saat aku terdetik untuk mengubah semuanya..
Tapi rasanya macam terlambat je, sekarang umur aku dah 23 tahun
Takkan baru nak belajar mengaji
Ya Allah beri aku petunjuk
Aku tak mahu menjadi penghuni neraka..


Ya Allah berderai air mataku saat ini..
Memikirkan betapa aku terleka dengan keasyikan dunia
Aku dah buat keputusan selepas tamat pengajian di universiti pada tahun ini
Aku nak belajar ilmu agama
Aku untuk belajar di sekolah pondok, agar di sana aku dapat keredhaan Mu Ya Allah


Ya Allah tetapkan imanku
Ya Allah berikan aku petunjuk Mu
Ya Allah, Kau berikan kekuatan kepadaku untuk berubah
Ya Allah, Kau lapangkanlah hatiku
Ya Allah temukanlah pembimbing untukku berada dijalan yang benar
Moga Aku benar2 istiqomah
Moga dengan niat nie, mampu aku laksanakan
Semoga dipermudahkan segalanya untukku..Amin..




Aku tersentuh bila tertengok video nie...Moga dukacita ini membawa aku kepada Allah

Wednesday, February 15, 2012

Alhamdulillah...tidak menghampakan


Alhamdulillah syukur sgt2 dgn result yg aku dpt hari nie, biarlah x sehebat pelajar2 lain. selepas nie fokus kpd tesis pulak. Tak sangka dalam aku tak suka study nie pun, nasib still menyebelahi aku. Mungkin berkat doa mak ayah aku nak tengok anak dia berjaya. Kalaulah mak dan ayah aku tahu, yang aku sememangnya tidak berminat untuk belajar dlm course nie mesti diorang kecewa. Memahamilah...sbnrnya aku sgt terkilan dek kerana tpaksa  menolak tawaran dip kejuruteraan mekanikal pertanian (politeknik) selepas SPM dulu, sebabnya ayah aku suruh masuk tingkatan 6. Selepas STPM aku tolak lagi tawaran dip pemprosesan makanan (institut pertanian)sebabnya jauh kate ayah aku, dia suruh aku tunggu tawaran giatmara yang aku isi secara suka2 sementara nak tunggu result STPM. 

Masa nak isi permohonan UPU, aku nak mintak kat UMS sabah sane tu, mak aku tak kasi pulak. Tup2 dpt kat UKM pulak, sukanya diorang... Dari situ aku cuba utk mengerti, memahami, dan menghayati realiti hidup ini. Maka dari situ juga lahirlah tajuk tesis aku iaitu "Faktor-faktor Pemilihan Kerjaya". Sememangnya ibu bapalah yang mempengaruhinya....Apa2 pn dlm tak suka skali pun, pengajian aku cuma berbaki satu semester. Ohyeaah....sebab aku percaya pengorbanan seorang anak itu, tidak pernah setanding dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.