Thursday, March 31, 2011

GENAP UMURKU 22 TAHUN

alhamdulillah... Terima kasih kepada Allah S.W.T sekarang genap umur aku 22 tahun, tak sangka begitu cepat mase berlalu. Dah macam2 yg aku lalui ade suke ade duka, tak sangka jugak aku setabah nie.bukan mudah jadi budak jiwa kental, masuk u bukan dengan kerelaan hati atas dasar paksaan la jugak..kental x aku???hahaha....tp xpe ade rasional dia jugak, tq to abah aku yang beria-ria sungguh nak aku belajar kalau x mesti aku dah jadi minah kilang kot....x sanggup la aku penat nak mampus tapi dapat gaji ciput...

 Perkara yang akan aku ingat sampai bila2 tarikh keramat 31 mac 
  • 31 mac 1989 -  aku mula melihat dunia..oh dunia....(suka)
  • 31 mac 1995 - Atuk aku pergi mengadap Ilahi...(duka)
  • 31 mac 2011 - Aku pakai braces...ohh...tidak saat nie aku kena  makan berpantang sikit(konfius)

HARAPAN AKU???
 harap2 final exam aku dpt jawab dengan sebaik mungkin
aku nak dapat dekan
aku nak belikan mesin jahit elektronik kt rumah aku
 dapat kasi duit raye kat adik2 dan anak buah aku
harap dapat kerja yang gaji mahal  time cuti sem nie
'
'
'
'
*

Tuesday, March 29, 2011

Dinner SP

Alhamdulillah syukran...seronok gk semalam join makan malam bersama budak2 kelas, Diorang semua memang fun beb, terutamenya time wat gimik tu, kelakar siot menjadi!!! yang penting menu dia memang sentap abis hehehe....
        Menu       
Nasi minyak
Ayam masak merah
Acar Timun
Kari ayam
Roti jala
Karipap
Agar2
Puding
Tembikai
Air oren

sweet memories

Sunday, March 27, 2011

FASHION AND DRESSMAKING

Dulu aku pernah ambik krusus fashion and dressmaking kat Giatmara Pekan, emm..... rindu korang otak mereng2 blaka suka cari gadoh, ponteng kelas x yah cakap r setiap jumaat cabut hhahaha ...seronok kot, tapi mase kat situ aku sempat gak la belajar wat baju kurung biase, kurung pahang riau, kurung moden, baju kemeja, baju melayu dan banyak lagi. So aku nak bercerita sal How to Make Baju Kurung malam nie.  sape yang ade mase terluang mase cuti sekolah bolehlah try sebab senang sangat kot, macam makan kacang je kikiki....

BAHAGIAN-BAHAGIAN BAJU KURUNG
Labuh Baju     = 0-1 =2-3
Lebar  bahu    = 0-2 =1-3 (1/2 ukuran lebar bahu) 
Labuh Lengan   = 2-4=6-5
Bukaan lengan  =2-6 (ukuran 0-2 dibahagikan 2 maka dapatlah ukuran bukaan LENGAN
Bukaan tangan  = 4-5 ( 1/2 ukuran bukaan tangan)
untuk mendapatkan ukuran pesak bhgn atas= *ukuran bukaan lengan hendaklah dibahagia 2

CARA2 AMBIK UKURAN BADAN

1. Labuh Baju = dari bahu ke bawah lutut
2. Lebar Baju = dari kanan bahu ke kiri bahu


*korang lukis dl kat kertas minyak,pastu letakkan kat kain sebelum gunting.

korang faham x??agak2 kalau payah nak faham, korang ambiklah krusus menjahit.selamat mencuba kikiki....


Wednesday, March 23, 2011

Presentation lagi

Alhamdulillah... baru lepas presentation tadi, sekarang asg semakin berkurang dan tekanan pun makin hilang dari kepala otak nie, tapi masih masih ada 2 or 3 lagi asg yang nak kena hantar minggu depan. Petang nie pulak ade kelas tutorial tapi takdelah tekanan sangat. balik kepada topik tadi, tajuk presentation kitorang "Bincangkan strategi pembangunan modal insan dalam membasmi kemiskinan".Banyak perkara yg perlu dibincangkan dan ditambahbaikan...
Antara Strateginya 

Melaksanakan program bagi melahirkan petani moden dan berilmu
1.Program Pembangunan Usahawan
2.Program Pembangunan Produk
3.Kursus Kemahiran  Pemprosesan Makanan 
Maka esok dengan rasa senang hati aku nak balik kampung hihihi...bye 

Tuesday, March 22, 2011

SEMUA TENTANG MY FAVOURITE..

Time nie aku betul2 tengah lapar, maka terbayanglah semua makanan favourite aku...Favourite aku nie berbeza sedikit dengan orang lain mana tak nya, aku suka makan tapi aku tak pandai nak buat just pandai tunjuk dengan jari, rasa dengan mulut je, nak buat sendiri haram confirm aku tak makan tak sedap hehehe....Sebenarnya aku tengah lapar nak makan kuih, so jomlah kita tengok kuih2 favourite aku.
1.kuih talam keladi
kuih nie aku minat sejak keje kt jb dl2, tiap2 pagi confirm aku dok  tercongok kat gerai tu, "kak beli kuih talam keladi RM2"
2.kuih bom(tapi kuih nie yang lain siket xde bijan dan inti ikan or samosa)
aku jatuh cinta kat kuih nie start aku mula balik kampung ayah aku kat terengganu, mula2 ingatkan kuih biasa2 je belilah sikit, rupenya sedap sangat tak terkata...
3.pulut panggang(inti ikan bukan kelapa)
pulut panggang dah ni lame aku suka,tapi inti ikan punya la bukanya yang inti serunding kelapa tu tak berapa sangat. 
4.kuih cucur badak
bab yang suka tentang kuih nie diperbuat daripada keledek dan disaluti dengan kelapa, perghhh terangkat bila makan hahha...
5.Buah melaka
buah melaka??bagi aku kuih nie sangat istimewa sebabnya bulan puasa mak aku selalu buat kuih nie untuk juadah berbuka puasa.
kalau nak tau sedap ke tak kena try sendiri, yang pasti aku amat2 suke....

Monday, March 21, 2011

waktu semakin suntuk tapi assignment makin banyak oooooo....

ishhh2....bosan2 wat  assignment, aku pun menjenguk kejap kat blog kesayangan nie. korang tau aku ade lagi dua minggu lagi nak kena hantar 3 asg, satu presentation, dan fieldwork beserta reportnye skali...banyak tak??? satu perkara lagi ko-k pun lom setel lagi, dahlah program tu di cancel, nak kena wt program lain lak gara2 masalah sponser, dulu orang suh wat program kecik2 je xnak, nak gak wt program meletop2 tu sekarang tengok habuk pun tak jadi nak salah siapa sekarang. lain kali biorlah ukur baju dibadan sendiri bajet ciput nak wt event yang besar2 sabar jela aku....semua tu perlu disetelkan dalam masa 2 minggu dari sekarang, best kan jadi student nie.....manyak syok!!!!! ley masuk pusat sakit jiwa hahaha.....
sebenarnya dua minggu sebelum bermulanya cuti study week, memang waktu tempoh kritikal bagi student2 nie wat asg, time tu lah ramai yang tidur kat library, bawak laptop ke hulu ke hilir, buku sentiase dipegang, dan2 gak makan tak lalu (bukan ape duit dah tinggal ciput berjimat cermat kate orang)...aku nie kira beruntung gaklah boleh dikatakan semua presentation aku kena awal, selamat gaklah kalau tak mybe putus gak saraf otak aku nie serabot bebenor...
Yang aku sedihnye dah lame aku xdapat balik kampung, adoi teringin giler nak makan kuih talam keladi kegemaran aku siot. buat masa nie, aku makan jela ape yang ade, kekadang tu nasi+ikan bilis aku belasah je, nasi+keropok la, nasi+sup ntah pape la, jempot bilis la...janji makan sudah. Al-kisah 2 minggu terakhir yang memeritkan.chaiyok2...


alhamdulillah dah jauh aku melangkah...walau pun masih berbaki dua semester sebelum aku habis belajar, sukanya aku!!

Sunday, March 20, 2011

survey harga

Aku nie teringin sangat nak brakai braces @ pendakap gigi orang melayu panggil. Bukan aku tak bersyukur dengan kurniaan Tuhan dan bukannya untuk kecantikan….aku dah teliti dengan betul bahawa hukum memakai braces. Aku just nak betulkan kedudukan gigi aku yang agak beterabur  nie.
Disebabkan aku masih belajar dan takde sape yang nak sponser aku pakai braces huhuhu….sedih siot. Tapi takpe, aku ade sumber laen hehehe….tq kepada penaja aku JPA dapat gak aku pakai braces. So, tak la terase sangat duit aku melayang, bijak tak aku.
Duit dah ade, so pun survey 2 la harga braces nie kat klinik2 yang berhampiran. Keputusannya…
Klinik Pergigian Aida = RM5.5 K
Klinik Pergigian Kajang Prima = sekitar RM4.5K – RM5.5K bergantung pada gigi
Klinik Pergigian Suria = RM2.5K-RM4.5K
 Amacam ok tak harga dia. Mak datuk mahal giler…klinik2 yang aku survey tu semua area kajang je sebab dekat dengan tempat aku.
So, aku pilih nak wat kat Klinik Pergigian Suria la, kalau nak buat braces untuk gigi atas je murah sikit dalam RM2.5K je…tp aku nak wt braces atas dan bawah. Lagipun klinik suria dekat je kot dengan Plaza Metro Kajang, kalau naik bas dari tempat seringgit je tambangnya. Klinik gigi kajang Prima pun ok jugak tapi jauh sangat aku nak pergi, kena naik teksi yang tambangnya dalam RM10 sehala, mampus kalau tiap2 bulan aku kena klinik tu terlalu membazir pulak. Ok cukup setakat tu dulu, nanti aku citer sal first appointment kat klinik gigi. Sekarang nie tengah busy dengan assignment dan presentation. Kena tunggu habis presentation dulu.
18 Mac 2011