Thursday, June 21, 2012

Redha Ibu Bapa

Esok dah start exam untuk plajar SP tahun3. Semoga kita semua boleh menjawab soalan exam dengan baik. Tugas kita beratkan memikul amanah keluarga, sekalipun diri ini tidak berminat dengan   program yg aku ikuti sekarang. Tapi berjaya mengharunginya, mungkin untuk menjiwainya aku kurang sikit kot. InsyaAllah akan aku tunai hasratmu wahai mak ayah yg aku kasihi. Kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Ya Allah, lamarlah hatiku dengan cintaMu..agar aku dapat terus berpaut dalam redhaMu

Bagi aku...
Jika kita belajar untuk LULUS peperiksaan.....mungkin kita akan lulus peperiksaan....tapi tak mustahil boleh gagal....Jika kita belajar untuk KERJA..mungkin kita akan dapat kerja...tapi tak mustahil akan menganggur...Tapi jika kita belajar kerana Allah....terutama ILMU AGAMA...walaupun tak dapat kuasai ilmu...tapi dapat KEREDHAAN....serta PAHALA daripada Allah itu PASTI.. 

Ya Allah 
Engkau tahu apa yang terbaik, maka Engkau takdirkanlah yang terbaik untukku.
Sesungguhnya aku benar tidak punyai Tuhan melainkan Engkau dan sesungguhnya hanya kepada Engkau aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku meminta pertolongan.


Wednesday, June 13, 2012

Semoga dipermudahkan VIVA

Ya Allah permudahkanlah perjalanan aku pada hari esok. Setabah-tabah manusia, adakalanya aku rebah dek kata2 dan cacian orang. Apabila mendapat tahu pemeriksa ke 2 adalah Dr.H yang mana kalau boleh aku nak elak sangat. Berdasarkan pengalaman aku present proposal kajian dengan Dr.H sem lepas, cukuplah membuatkan diri ini goyah. Tapi apekan daya perkara yang paling aku tak suka tulah yang aku dapat. Bukan nak mengaibkan orang, tapi itu pandangan aku. Mungkin persepsi aku salah, sesungguhnya Allah lah yang Maha Mengetahui. Ramai sahabat2 aku yang lain memberi reaksi yang berbeza, berdasarkan ape yang diorang post di facebook ade yang suka sebab pemeriksa yang baik, yang yang macam aku. 

"Sebaiknya Jangan banyak sangat luah perasaan sendiri kat facebook. Banyakkan tazkirah untuk semua. Yang tak puas hati tu simpan dalam hati,mengadu pada Allah lebih baik dari luah dari kat facebook"-Ustaz Azhar Idrus.

kadang-kadang tu bilamana kita meminta, lalu ALLAH memakbulkan permintaan kita..bersyukurlah. Tapa andai permintaan kita jadi sebaliknya 'tidak dapat apa yang diinginkan'..bersyukur jugalah
Kerana itulah hadiah buat kita. Itulah jawapan daripada permohonan kita. Kita tidak dapat apa yang diimpikan tidak mengapa. Kerana ALLAH tahu segala-galanya.


Lantaran itulah, aku akan cuba sebaik mungkin. Viva nie sangat penting, kalau aku ditakdirkan gagal maka harapan mak ayah aku nak tgk aku grad tahun nie takkan tercapai. Berat amanah dan tanggungjawab itu. Tenanglah wahai hatiku, kerana sabar itu cukup indah. Tatkala ini aku cuba berfikiran positif. Teringat kata-kata boleh mendamaikan hatiku..

Apabila menerima teguran, usah terus melenting, bersyukurlah, masih ada yang mahu menegur kesilapan kita. Teguran yang diberi bukanlah untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat, tapi hanya untuk membaiki kelemahan masing-masing. Ingatlah kita cuma manusia biasa yang tak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Maafkan saya sebab berprasangka buruk terhadap Dr.H..
Robbi Yassir Wala Tu'assir..Moga Allah Permudahkan Viva esok..Amin..