Friday, December 30, 2011

Ari nie tak tau nak buat ape pulak pagi2. So update jap belog nie ha sal kejadian semalam. Bercerita tentang seorang kawan sekelas aku yang diduga dengan ujian dari Allah S.W.T. dan aku sanggat kagum dengan tindakan yang sanggup menggadaikan masa depan demi keluarganya.

Ceritanya bermula begini....
Kawan aku sorang nie berasal dari keluarga yang biasa2 je
Dia mempunyai seorang abang, dan 3 orang adik lelaki
Abang Dia sedang menjalani  training bomba yang bakal tamat Feb2012
Adik2 dia pula, sorang belasan tahun, sorang berumur 5thn, dan sorang lg baby lagi
Ayah dia pula kena strok dan menerima rawatan di hospital
Mak dia pulak sorang suri rumah tangga
Dan Dia seorang mahasiswa UKM yang juga sahabat aku

Dalam 5 ari lepas
Suatu keadaan yang telah mengubah pendirian dia
Dia mengakui goyah, jatuh tersungkur dengan dugaan ini
Adiknya yang belasan tahun yang selalu menjaga ayahnya yang sedang sakit
terlibat dalam kemalangan berlanggar dengan sebuah bas
Lalu meninggal dunia..

Semua dugaan nie berlaku semasa kami semua cuti study week
Aku tau berat baginya melalui minggu study week nie
Mane dengan nak kena hantar assignment lagi, presentation lagi,
Nak buat tesis lagi, nak study lagi, nak hantar ayah dia gi hospital termerloh 
Aduh tak tertanggung rasenya tanggungjawab nie.
Adiknya meninggal dua hari sebelum ayah perlu dihantar ke hospital

Sungguh kuat tamparan ini baginya...
Adik yang dikasihi tiada lagi disisi pergi buat selama-lamanya
Ayah yang sakit perlu dijaga
Adik-adik perlu diberi makan
Mak pula tidak berdaya, perlu menjaga baby yang masih kecil
Kemana dia hendak mengadu....

Hasil perbincangan dengan abangnya
Mereka hanya mempunyai 2 pilihan
Sama ada abangnya @ Dia perlu berhenti belajar
Untuk menggalas tugas menggantikan si ayah yang terlantar sakit
Dia putuskan biarlah Dia berhenti belajar

Fuhh....semalam 29Dis dia datang temui kami di Fakulti 
Aku tak sempat untuk menjenguknya
Kerana semasa itu masing2 sibuk dengan presentation
Dia datang ke UKM pun atas alasan
Untuk menguruskan surat berhenti belajar
dan mengambil barang di kolej kediamannya

Selesai tamat perbentangan kami 1 kelas sepakat untuk memujuknya
Untuk kembali bersama kami menghabiskan pengajian yang masih berbaki 1 semester sahaja lagi
Kami terus menuju ke kolej Kerismas
Aku temui Dia 
Nampak perubahan diwajahnya 
Matanya bengkak, air mata tak berhenti-henti menangis

Kata Dia...
"DIA nak benti Belajar, fullstop"
"DIA nak keje  bantu keluarga "
"Rezeki ade dimana2, mungkin bukan rezeki DIA kat sini"

Bagi kami sekelas...
Tidak lengkap pengajian kami tanpa awak
Tidak seronok tanpa Awak  bila kita grad tahun depan

Setelah dipujuk hampir berjam-jam lamanya
Hampir kami berputus asa untuk memujuknya lagi
Tapi alhamdulillah dia berjaya  dicairkan dengan tangisan kami
Cuba membuka hatinya, cuba menyuntik semangat di jiwanya

Kami semua akan bantu awak..
Semester depan cuma ade 3 kelas je
Awak boleh balik selebihnya...
Kembali bersemangat semula
Datang pada exam 3Januari 2012
Kami semua menunggu DIA di dewan peperiksaan

Akhir kata dari aku buat Wani...
Jangan sesekali menjadikan dugaan ini sebagai penghalang awak untuk berjaya
Tetapi jadikan dugaan ini sebagai pembakar semangat awak untuk terus berjaya
Kami semua sayang Wani..

Monday, December 26, 2011

bukan dia



Aku mengenali kamu mungkin sudah lama
Tapi kini baru untuk mendekati jiwamu..
Aku sedar, aku mula menyayangimu
Tapi aku tidak mahu, aku tidak rela 
Jika sayangku ini meracun jiwaku

Aku lebih rela putus jauh darimu
Kerana aku tahu ianya dusta belaka
Maka dengan itu, aku putuskan biar jiwa ini
Kecewa daripada aku menanggung dosa
Mencintai lelaki yang belum tentu menjadi 
Suamiku kelak...

Aku hanya seorang wanita
 Yang hanya ingin dicintai oleh suamiku yang sah
Maka dari itu, aku mesti kuat
Melawan nafsu untuk bercinta..
Kerana aku tahu bercinta selepas kahwin 
Jauh lebih indah....

*perjalanan aku masih jauh

Sunday, December 25, 2011

Bertemu pemaju Yuwang Development

Tugasan terakhir bagi sem nie adalah bertemu dengan pemaju perumahan di Cheras. Banyak juga lah input yang ktorg dapat tentang projek perumahan hasil temubual dengan Encik Patrick selaku pengurus pemasaran. Layan gambar picture dulu la...


Sesi bertemu responden>makan2>temubual bersama Yuwang Development Sdn.Bhd.


Sebelum balik, kami menyampaikan cenderamata kpd En. Patrick atas kesudian beliau memberi kerjasama.

*Kini kami menyambung penulisan report kepada Dr. Azima dan Dr. Suraiya dibentangkan pada minggu ke14 nanti. Sekian....

Monday, December 5, 2011

kajian putrajaya ke arah pelaksanaan pembudayaan nila-nilai murni

[3 Disember 2011]
Pada jam 8 pagi kami pelajar krusus Perancangan bandar dan Wilayah berangkat ke Putrajaya untuk menjalankan "kajian putrajaya ke arah pelaksanaan pembudayaan nila-nilai murni" di kawasan perumahan presint 9 dan presint 16. Alhamdulillah kedatangan kami disambut baik oleh penduduk di situ. Bagi aku komuniti Putrajaya masih lagi mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diwarisi sejak dahulu lagi. Mereka tidak sombong  sudi memberikan kerjasama. 


Sepanjang kajian lapangan di Putrajaya                                                           

1.sebelum bertolak sempat ambil gambar dahulu

2.Sebelum membuat kajian, kami dijemput oleh pengerusi untuk mendengar sedikit taklimat


3.Bersama responden  


4.Berehat sekejap food court untuk makan tengah hari




5.sebelum balik, kami bergmbar dengan pengerusi Rukun tetangga yang banyak membantu kami dalam menjayakan ini.terima kasih daun keladi, insyaAllah kami akan datang lagi.


Part bertemu responden dah tamat. destinasi seterusnya, singgah di Masjid Putrajaya untuk solat asar sebelum berangkat pulang
SERUMPUN KITA SELAMANYA 

Friday, December 2, 2011

KAJIAN MARI MELANCONG

minggu lepas (25hb-27hb Nov) kitorang jalan2 ke Melaka sambil menyiapkan  research "melaka sebagai tapak warisan dunia". seronak sgt sambil pergi interview responden dapat shopping,jalan2, mkn2, main bowling dgn bdk2 SP. Tapi serius paling benci nk proses data puiii...   lepas nie ade 2 lg research yg kena disiapkan dan lokasinya di Putrajaya n Taman tasik seremban. seronok memang seronok tapi kopak duit aku, dah la hujung2 sem ni.


perjalanan untuk tugasan kali ini. melaka aku cabar ko!!!!


1.bergambar dulu sebelum bertolak melaka dgn bdk2 SP

2. Taklimat drp Dr. Bib di Hotel Sri Pelang


3.operasi mengedarkan soal selidik bermula...


4.malam tu sambung maen bowling pulak!!!! release tension beb.

5. sempat bergambar di mahkota parade

27hb 2011 bertolak pulang. sebelum tu sempat shopping baju melaka, sedikit cenderamata untuk dibawa pulang n jln2 kat jonker walk.



SP 2009/2012 hanya ade 32 org je
kemane pun kita tetap bersama
tinggal 1 sem lagi sebelum menjejaki alam pekerjaan
abadikanlah setiap detik kita bersama 
dalam memori hidup kita
wslm....

Wednesday, November 23, 2011

Lirik lagu sangat2 sentap

kalau dengar lagu nie memang aku tersentap betol...liriknya memberi erti mendalam kat aku.
Izinkan Selamanya Namamu Di Hati  

Telah aku terima takdir dari Yang Esa

Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta



Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

( korus )
Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

( ulang korus )
Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman

Wednesday, November 16, 2011


Selamat Pengantin baru...
Doaku agar kamu bahagia disamping wanita yang kamu nikahi
Jagalah rumah tangga mu agar sentiasa redhai Allah
Jadilah suami yang soleh
Peliharalah keluargamu hingga akhir hayatmu
aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu berdua
tapi janganlah sesekali kamu lupa pada keluargamu ini
biarpun kamu sudah mempunyai keluarga sendiri
akhir kata selamat melayari hidup berumah tangga
moga kekal hingga ke akhir hayat
amin....

Monday, October 31, 2011

renungan wahai kaum wanita

Pagi tadi, aku sempat jugak  ke Bandar Tasik selatan naik ktm untuk membeli tiket bas.alhamdulillah masih ada lagi tiket..Masa dalam tren tadi, ada ternampak sorang pompuan nie, cantik..tapi sayang perangai dia tak berapa nak cantik la...


khas buatmu wahai wanita
cantik parasmu, putih kulitmu
sehingga adakala aku tersentak melihat manisnya dirimu
inikan pula jika lelaki melihatmu, pasti tergoda dek keayuanmu


tapi sayang putih kulitmu didedahkan kepada semua,
sehingga aku sebagai wanita terasa malu dek kerana akhlakmu
bayangkanlah kamu berpakaian, tapi seolah-olah bertelanjang
menampakkan susuk tubuhmu jelas jelas
baju kamu cantik, tapi sayang nipis...jarang...umpama memakai kelambu dibadan
sehingga menampak pusat kamu yang juga bertindik


Tidak malukah kamu??
sedangkan aku yang melihatmu terasa sangat-sangat malu
sehingga ada yang memandang kamu penuh nafsu
sedangkan kamu buat tidak tahu
dimana hilang rasa malu kamu??


buat wanita diluar sana, begitu juga aku disini
sama-samalah kita memeperbaiki diri
Agar hidup ini mendapatkan keredhaanMu Ya Allah

Monday, October 24, 2011

Menakluk bukit broga dan sg tekala...

Alhamdulillah minggu lepas berpeluang jugak menawan bukit broga.fuhhh....memang best la.memang menguji kekuatan fizikal betul, gayat pun ade,yang pasti tetap berjaya jugak akhirnya sampai ke puncak..


jauh lagi nak sampai ke puncak broga...berehat sekejap

dah sampai pun di puncak bukit.rase cam ingin terbang....

bergambar dulu celah2 lalang....dah nak balik time nie



SUNGAI TEKALA
 selesai mendaki bukit Broga, kitorang semua singgah pula di Sg Tekala, dekat je dengan Broga Hill...

  air terjun dia  memang terbaek...

sebelum bertolak balik,kami semua bergambar dulu..



Kenangan ini akan kuabadikan dalam hidupku
sayang korang...

Tuesday, September 13, 2011

Sepatah ayat??? ye...sepatah ayat...sepatah ayat nie lah yang payah untuk aku coretkan untuk menghasilkan penulisan yang tersemat jiwa. hehe....nie bukan sepatah ayat cinta or jiwang-jiwang karat tu, tapi untuk proposal tesis aku... malam nie, aku hanya mampu menaip sepatah ayat sahaja.sangat2 membazir waktu..tapi kan untuk menaip sepatah ayat yang lain(bukan hal akedemik la) aku boleh sangat..so sebelum tidur nie aku nak coretkan sepatah ayat buat kamU

AKU BAHAGIA 
MELIHAT KAMU BAHAGIA...



Monday, September 12, 2011

MERENUNG KE LANGIT

Dimana silap aku??? tahun ini terlalu banyak dugaan yg aku lalui, sampaikan kekadang tu aku rebah dah berputus asa. mungkin di situ kesilapan aku mudah mengalah sebelum mencuba. Ya Allah, aku mohon kepadaMU hari2 yg mendatang permudahkan segala urusanku...


Ya Allah maafkan diriku...
Jauh aku tersasar dari landasan kebenaran...
Aku terlalu leka dengan keseronokan dunia 
Aku terlalu mengejar harta dunia, sehinggakan lupa mengejar pahala
Aku terlalu mementingkan diri, sehinggakan aku leka untuk membantu  saudaraku sendiri
Aku terlalu tamak sehinggakan aku lupa untuk mendermakan hartaku kepada mereka yg memerlukan
Aku terlalu terlalu suka berkata2 sehinggakan adakalanya aku berdusta...


Ya Allah kasihilah hambamu yang lemah ini...Berikan aku kekuatan untuk mengharungi hidup di dunia yg sementara ini..

Monday, September 5, 2011

KERJA...OH KERJA

Hehehe....sepanjang cuti sem nie aku banyak menghabiskan masa aku dengan kerja. aku tak tau dlm byk2 kerja part time yg aku mohon, jakel trading je yg ambik aku kerja...


Pengalaman 4 bulan bekerja di Jakel (10mei-29ogos 2011)
Hari pertama aku masuk keje, perghh....rase cam nak berhenti serta-merta je penat...kerja berdiri sepanjang masa. tapi lame2 okey la dah biasa...macam2 lah kerja aku buat dan semuanya berkaitan dengan kain...potong kain, lipat kain, packing kain, susun kain, cuci kain, sidai kain....sampaikan mimpi pun berkaitan dgn kain.dasyat tak!!! 


Hari2 aku banyak dihabiskan di kedai, dah cam xde life rasenya...start 3 ogos atau bersamaan 3 ramadhan aku n geng semua di hantar outstation ke cawangan Jakel Kuala Lumpur, perghh...2 hari je aku sempat berbuka puasa kat rumah,kejam betul Jakel!!!


Masa di Jakel KL macam2 benda yang berlaku, dah lah kerja balik pukul 1@ 2 pagi, org bandar nie pn satu hal suka sangat nak keluar shopping tgh2 mlm, penat ktorg nak layan...x kecian langsung kat orang lain.
Banyak kenangan aku n kwn2 di jakel KL dan semuanya berlaku sepanjang bulan puasa, antaranya....Hostel ktorg hampir terbakar...Barang2 ktorg kat hostel kena curi sabo jela....Yg best lak, pas blk kerja ktorg suke jalan2 kat jln TAR,cuci mate...


                                                                   Geng budak Jakel

Org lain dah nyenyak tidur, kami  sibuk kemas kain di Jakel
              

Akhirnya...berangkat pulang

KENANGAN INI AKAN AKU ABADIKAN DALAM HIDUPKU....
ADAKALANYA SUKA, ADAKALANYA MENANGIS
MEMORI ITU AKAN TERUS TERPAHAT DALAM HATIKU
MENJADI SATU KENANGAN YANG TIDAK DAPAT AKU LUPAKAN 

                                                            

Sunday, September 4, 2011


CORETAN HARI RAYA
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.

Hari nie dah masuk raye ke-6 rupenye alhamdulillah...beraya  sakan aku taun nie. Mane taknyer adik-beradik semua berkumpul kat kampung. Dan yang paling penting, dari kg Rompin ke Setiu Terengganu ktorg pergi beraya hehe....selamat beraya semua, maaf zahir n batin.

                                               SEMPAT BERGAMBAR DI RUMAH MEK PAH

RAYA KE-3, DI RUMAH PAKSU




Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA

Alhamdulillah....tahun nie dpt gk orange berpuasa bersama family kat kampung. Tapi tahun nie aku kerja, entah ape rasanya bekerja dalam bulan puasa, first time nie kot...harap2 aku steady je kot...yg penting niat tu kena betol...cakap pasal niat. 
Nie dia niat puasa,kot2 ade yang lupa..


Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
 ok...selamat berpuasa semua yang beragama islam

Saturday, April 16, 2011

Plan masa cuti 4 bulan nanti...

emmm....kate orang manusia merancang, tapi tuhan yang menentukan, so x salah la aku nak merancang aktiviti2 yang bakal dilaksanakan dengan izin Allah S.W.T.


Macam2 Aktiviti selama 4 bulan bercuti
 Byk tempat aku boleh melancong
 Berapa banyak kilang aku boleh kerja
 Berapa banyak resepi aku boleh cuba
 Berapa banyak duit aku dihabiskan 
 Berapa banyak bisnes aku boleh buat
 Berapa banyak baju boleh dibuat
Berapa banyak masa aku terbuang

tapi kan aku pilih 1 aktiviti nie haa....lau menjadi dengan izinNya. insyaallah tu rezeki namanye...Nanti kalau dah berjaya kerja tu, aku bgtau...kalau berlaku sebaliknya biarlah rahsia....kena ade perancangan siket...raye dah nak dekat, kang adik2  dan anak buah aku mintak duit raye xdelah  aku segan sangat..."cik gira nak duit raye", "mne aci bagi kat anak sedara dia je, kat adik sendiri x bagi pn duit raye"-PERSEDIAAN AKAN DATANG LAA KONON-

Monday, April 11, 2011

Shopping Baju di Internet...

Assalamualaikum dunia....sekarang dunia semakin maju, petik jari je semua boleh dapat. hehe....emm korang percaya ke nak beli barang secara online nie??mesti berhati-hatilah sedikit. 2 hari yang lepas aku mengodek2 blog yang ade menyediakan pembelian secara online. Bukan ape aku just nak cari baju or pakaian muslimah nie je, memang payah nak cari kat kedai2 tu haa....cari2 punya cari jumpe satu blog nie http://adorabledress.com  baju2 dia cantik dan yang penting sopan gitu sesuai untuk muslimah...

green Plain Blouse


Inilah bajunye...kalau mak aku tengok nie sejuk mate dia hehe....mak aku pernah pesan kalau nak beli baju tu biarlah labuh bawah punggung. Baik Mak, saya akan cube ikut pesanan tu nanti yek...
Lepas dah berkenan tu aku booking lah secara online dan buat pembayaran melalui pemindahan duit di ATM...maybe esok luse sampailah kat rumah aku tu...cayalah mudah giler, ciap post ke rumah lagi. 


Sunday, April 10, 2011

JADUAL PEPERIKSAAN


     11 April 2011 - DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN
     13 April 2011 - URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR
     18 April 2011 - KAEDAH PENYELIDIKAN
     28 April 2011 - PENJAGAAN KESIHATAN DIRI
     29 April 2011 - BUDAYA, POLITIK DAN PEMBANGUNAN


Emm... sumpah aku langsung tak bukak buku, bongkaknye aku. egonye aku...tak taula esok macam mana aku nak jawab exam, mne taknya dan2 kalau aku bukak buku confirm aku akan terlelap...sekarang nie aku spot 2 soalan je, kalau tak keluar ape yg aku target memang malang sungguh nasib aku kali nie

Nielah padahnya kalau belajar main2 n tak dengar cakap cikgu..
Maafkan diri saya
Maafkan saya, mak
Maafkan saya, abah
Maafkan saya, cikgu
Maafkan saya...sy x mampu lakukan yg terbaik

nie memang silap sy
nie memang salah sy
nie memang kekurangan sy

*sy insaf dan janji tak buat lg, Ya Allah permudahkan exam sy esok...

Thursday, April 7, 2011

Mengenali seseorang itu .....
Kadangkala membuat kita tertawa...
Dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata.....


Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah...
sejuta rasa sedih...
sejuta rasa gembira...
sejuta rasa sayang...
dan sejuta rasa rindu...

Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya 1 anugerah , biarpun hadirnya
hanya seketika dan sekadar teman sementara...

SAAT PEPERIKSAAN DATANG LAGI.....

ohh....exam lagi, bosan2.emm....malas aku nak pikir. 
"cikgu2 boleh tak saya xnak ambik exam senin nie, saya2 kan tak reti"
nak mampus confirm aku kena halau balik.hahaha....
tolanglah saya sgt2 la malas nak stadi..
tp sy nak result yg best..
rase cam tak adil lak kan...

Ya Allah kuatkanlah semangatku..
kuatkan azamku..
permudahkanlah aku menjawab soalan peperiksaan
berilah aku kejayaan 




Friday, April 1, 2011

HARI KE-2 BERSAMA BRACES

Akhirnya tercapai gak impian nak pakai braces...setelah survey klinik2 gigi kt area kajang, jumpalah klinik gigi suria dekat je dengan plaza metro kajang. Lepas pakai je benda alah nie aku rase ckp pn dah berapa nak betul..kikiki....kalau bukan disebabkan oleh gigi bawah  nie yg agk jonggang sumpah aku xnak pakai braces nie, gigi nie rase berdenyut2 setiap mase, ngilu x yah cakap la..sabar jela. setakat nie aku boley bertahan lagi.

 kronologi aku dengan braces.
  • 28 mac 2011 - jumpa dentist, cakap nak pakai braces, dia chek gigi aku n cakap bla.bla.bla...Kosnye beribu2, hehehe...mak aiii mne ade duit, xpe doc tu cakap boley bayar ansur2 sebulan RM80 n deposit RM800. Ari tu jugak aku g Klinik Chua & Wan wt X-ray.
  • 31 mac 2011 - pasang braces untuk gigi bawah dulu
Lepas pasang je braces nie kt gigi aku. aku tetiba je mengalami sindrom penyakit "TAK RETI"


Tak reti nak cakap
Tak reti nak senyum
Tak reti nak makan
Tak reti nak gosok gigi


Parah tol sindrom nie, tp tu sehari je...keesokan harinya aku pergi pasar malam kat kajang, aku balun je nasi lemak, kuih2...tp masa nak mkn 2 rase cam tak selesa gigi macam tgh menari2 je...so kenalah makan dengan penuh sopan...kunyah mknn pn ala2 manje gitu.kikiki....

So far aku rase  xdela terok sangat kot, yg penting kena bebanyak sabar...sabar braces nie memang menguji kesabaran aku terutamanya bab nk gosok gigi, nak gosak gigi saje dekat 10minit or lebih lg ade la...

Untuk penjagaan gigi ade jual kt klinik gigi

Esok 2 april 2011 pasang braces untuk gigi atas pulak, pastu nak balik kg.adik aku tak sabar nak tengok gigi besi aku.confirm memang kena gelak punye...


Gambar sebelum braces melekat kt gigi aku
gigi atas jarang giler
gigi berlapis kt dalam (sakit selalu terkena lidah)
gigi bawah ke depan siket
Zoom siket
*ishh....sebab nie la aku pakai  braces