Monday, April 30, 2012

Bengkel Latihan Industri 2012

Alhamdulillah akhirnya berakhir jugak bengkel latihan industri nie.. Banyak pengalaman yang boleh dikutip daripada program tersebut. Mungkin inilah bengkel terakhir, sebelum kami melangkah meninggalkan dunia kampus. Antara slot2 dalam program yang dijalankan selama 2 hari tu, dimulai dengan slot Taklimat Latihan Industri, diikuti oleh slot Professionalisme. Pada hari berikutnya, slot ke-3 ialah Grooming, slot ke-4 pulak Etika Kerjaya, dan slot terakhir sekali ialah Forum bersama Alumni PPSPP dan majlis perasmian penutupan. Sekarang boleh fokus kepada tesis pula, dah tak lama nak submit. 

Meeting yang dijalankan setiap hari rabu bersama Ketua Program


 Program Belangsung (27/04/2012 - 28/04/2012)


Bengkel nie sebenarnya hasil kerjasama drp program Geografi, Antropologi Sosiologi, dan Sains Pembangunan di bawah pusat PPSPP.

Pelajar Geografi 

Pelajar Antropologi Sosiologi

Pelajar Sains Pembangunan

Banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi cukuplah ini sahaja sebagai kenangan kami bersama menjayakan bengkel tersebut.
Bye2...

Sunday, April 29, 2012

La Tahzan...Jangan bersedih !

Ya Allah, jika aku lalai, sedarkan aku.
 Jika aku jauh dariMu, dekatkan aku pada jalanMu. 
Jika aku terlalu sayangkan hambaMu, 
ku mohon tambahkan cintaku padaMu... 
Ampuni ku Ya Allah


Semalam sempat pinjam buku La Tahzan kat ptsl. Bagus buku nie banyak ilmu yang boleh dipelajari. Aku sempat baca pengisian dalamnya yang bertajuk  Jangan Bersedih, kerana Rabb Maha Pengampun Dosa dan Penerima Taubat


Firman Allah 

Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah s.a.w bersabda, Allah Yang Maha Tinggi berfirman: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan mengharapkanKu maka Aku akan mengampunimu atas semua dosa-dosa yang kamu lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, andaikata dosa-dosamu itu sampai ke puncak langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan dosa yang besarnya seisi bumi seluruhnya, kemudian datang menemuiKu dan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan yang besar seisi bumi seluruhnya."  

Singkatannya, selama hamba itu bertaubat, meminta keampunan dan menyesali perbuatannya, maka Allah akan mengampuninya.Walau sedikit perkongsian bacaan aku, insyaAllah sarat dengan pengajaran. Banyak yang perlu dipelajari. semoga di dlm redha Allah.. 
Aminn...


Sunday, April 22, 2012

Fieldwork Terakhir Sains Pembangunan

Alhamdulillah masih berbaki sebulan lagi sebelum peperiksaan bermula. Untuk fieldwork terakhir  kami ke kuala pilah je untuk memenuhi tuntutan krusus advokasi, penglibatan dan pembangunan. Kumpulan kami memilih tajuk  Jenis penglibatan golongan petani dalam projek-projek jabatan pertanian. Tetiba je jatuh hati kat bidang pertanian nie, memang seronok bila dapat berbakti dengan tanah. Kami dikehendaki menemuramah pengusaha Bcl Agro Farm. Sempat gak ambik gambar buat kenangan hehe..


Nie masa penyerahan program anak angkat

Di pejabat daerah k.pilah ketika mendengar taklimat dan soal jawab dgn pegawai pertanian

Pemilik Bcl Agro Farm yg kami temui

Melawat khemah yg menempatkan cendawan2

Bergambar dulu sebelum blk..buat kenangan


Ahli kumpulan kami


Alhamdulillah...
Mungkin sudah sempurna tugasan kami
Saat pepisahan antara kami sudah hampir tiba..
Pertemuan kami adalah takdir dari Allah S.W.T
Sebuah pertemuan yang berjaya menyatukan hati kami
Aku sayang korang...

Aku tau hari perpisahan tu semakin dekat
Kita pasti merindui saat2 bersama..

Nur islam...
awk terlalu baik. mengenali awk adalah suatu hikmah yg besar bg sy
Jujur bg saya, awk penasihat yg terbaik.
Moga kite same2 menjadi muslimah yg solehan

Farah...
Kau penguat aku..
Aku sangat kagum dgn ketekunan ko dlm mengejar cita2..
Suka dengar ko bercerita...bersemangat
Moga ukhuwah yg terjalin berkekalan akhir hayat

Mazlin...
Kau kawan yg sangat setia dan pendengar yg prihatin...
Selalu temankan aku pergi mana2..
Persahabatan kita tetap terjalin walaupun agama kita berbeza
Doaku moga suatu hari nanti Islam menjadi agama yang kau anuti sama seperti kami..

Korang semua...
Hanya Allah S.W.T saja yg tau betapa aku sayang korang
Walaupun pertemuan kita adalah sementara
Banyak perkara yg kita pelajari

Percayalah..
Walaupun jauh kita terpisah
Terengganu, Perak, Johor, dan Sarawak sekalipun
Memori yg selama ini kita cipta pasti akan tersemat dalam hatiku
sehingga akhir hayat
Terima Kasih Allah S.W.T kerana mempertemukan aku dgn sahabat2 sebaik mereka
Aku Sayang Mereka KeranaMU Ya Allah..

Monday, April 2, 2012

Hijrah

Bulatkan niat,

Kuatkan munajat.


Semuanya…
Bukan kerana  manusia,

Bukan ingin dipuja,Hijrah…
Menghijrahkan diri memang payah,
Ada masa kita kalah,
Ada masa kita lelah,
Ada masa kita bertuah,
Itulah namanya Mujahadah.

Mujahadah….
Kadang-kadang orang marah,
Kerana selalunya menentang arah.
Kadang-kadang orang tak suka,
Jadilah kera sumbang sahaja.
Kadang-kadang orang mengata,
Tunjuk baik, padahal berpura-pura.
Kadang-kadang orang menghina,
Kolot! tak mengikut peredaran masa.
Kadang-kadang orang tak yakin,
Semuanya tak boleh, kita jadi miskin.
Kadang-kadang orang menjeling,
Tunjuk hebat! Macamlah dia orang penting.

Oleh itu…
Teruskan melangkah,
Walaupun payah.
Teruskan tekad,
Walaupun penat.
Bukan ingin dimulia,
Bukan untuk berbangga,
Bukan untuk mencari nama,
Bukan untuk segalanya di dunia.

Tapi untuk Allah yang Esa,

Untuk Syurga penuh pesona,
Semoga Allah sentiasa bersama kita.

Ameen, amen ya Rabbal Alamin.
Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

Usaha Mesti, Kejayaan usah di nanti, Serahkanlah pada Ilahi.