Tuesday, March 27, 2012

Ingin Aku Berhijrah

‎~✿>> Janganlah kita menghancurkan HARAPAN seseorang untuk BERUBAH ke arah KEBAIKAN walaupun dengan sedikit sahaja kata-kata yang boleh MENJATUHKAN semangatnya..ingatlah, bukannya senang seseorang itu ingin menguatkan dirinya menuju REDHA Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran..oleh itu, HARGAILAH niat dia dan jangan pandang dia dengan PANDANGAN YANG HINA..



p/s : Ingatlah, dia sedang BERMUJAHADAH..sedang MENCUBA untuk berubah menjadi yang terbaik pada pandangan Penciptanya..mungkin perubahan dia adalah LEBIH BAIK daripada kita..♥♥



Ya Allah...terlalu banyak dosaku padaMu
Sebenarnya terlalu banyak kekusutan yang aku alami, tak taulah apa puncanya..puas aku mencari jalan agar aku temui punca sebenar kekusatan yang aku alami nie.Hasilnya bacaan yang bersifat islamik, aku temui jawapannya.Ya...jawapan aku perlu berhijrah.


Niat tu memang  nak berubah, nak tinggal semua perkara yang pernah aku lakukan dulu. Bercerita tentang perkara yang dah lepas, banyak yang aku sesali. 


Suatu ketika dulu, aku..
Aku free hair, keluar langsung tak pakai tudung
Ramai budak laki kelas aku tegur, tapi aku wat tak tau je
Baju pun singkat2 je, ikut trend agaknya...
Petang2 pergi jalan naik motor pn tak pakai tudung
Solat lagi la kadang2 je, ikut mood, solat subuh jarang sangat
Mengaji Al quran pun tak
Hari2 aku dipenuhi dengan menonton televisyen, dengar radio, sembang2, makan tidur je
Banyaknya dosa aku Ya Allah...


Pabila aku masuk universiti aku tengok ramai manusia..
Hatiku tak pernah nak rasa gembira, susah nak senyum
sampaikan aku dpt anugerah senyuman paling mahal drp budak2 kls aku
Aku tak tau, jiwa aku kosong, tak rasa lega langsung
Kekadang aku malas nak bercakap banyak
Tak tau nak sembang ape...
Aku selalu berfikir..kenapa yer aku sentiasa bersedih


Pada suatu saat aku terdetik untuk mengubah semuanya..
Tapi rasanya macam terlambat je, sekarang umur aku dah 23 tahun
Takkan baru nak belajar mengaji
Ya Allah beri aku petunjuk
Aku tak mahu menjadi penghuni neraka..


Ya Allah berderai air mataku saat ini..
Memikirkan betapa aku terleka dengan keasyikan dunia
Aku dah buat keputusan selepas tamat pengajian di universiti pada tahun ini
Aku nak belajar ilmu agama
Aku untuk belajar di sekolah pondok, agar di sana aku dapat keredhaan Mu Ya Allah


Ya Allah tetapkan imanku
Ya Allah berikan aku petunjuk Mu
Ya Allah, Kau berikan kekuatan kepadaku untuk berubah
Ya Allah, Kau lapangkanlah hatiku
Ya Allah temukanlah pembimbing untukku berada dijalan yang benar
Moga Aku benar2 istiqomah
Moga dengan niat nie, mampu aku laksanakan
Semoga dipermudahkan segalanya untukku..Amin..




Aku tersentuh bila tertengok video nie...Moga dukacita ini membawa aku kepada Allah