Monday, October 31, 2011

renungan wahai kaum wanita

Pagi tadi, aku sempat jugak  ke Bandar Tasik selatan naik ktm untuk membeli tiket bas.alhamdulillah masih ada lagi tiket..Masa dalam tren tadi, ada ternampak sorang pompuan nie, cantik..tapi sayang perangai dia tak berapa nak cantik la...


khas buatmu wahai wanita
cantik parasmu, putih kulitmu
sehingga adakala aku tersentak melihat manisnya dirimu
inikan pula jika lelaki melihatmu, pasti tergoda dek keayuanmu


tapi sayang putih kulitmu didedahkan kepada semua,
sehingga aku sebagai wanita terasa malu dek kerana akhlakmu
bayangkanlah kamu berpakaian, tapi seolah-olah bertelanjang
menampakkan susuk tubuhmu jelas jelas
baju kamu cantik, tapi sayang nipis...jarang...umpama memakai kelambu dibadan
sehingga menampak pusat kamu yang juga bertindik


Tidak malukah kamu??
sedangkan aku yang melihatmu terasa sangat-sangat malu
sehingga ada yang memandang kamu penuh nafsu
sedangkan kamu buat tidak tahu
dimana hilang rasa malu kamu??


buat wanita diluar sana, begitu juga aku disini
sama-samalah kita memeperbaiki diri
Agar hidup ini mendapatkan keredhaanMu Ya Allah

No comments:

Post a Comment