Monday, December 26, 2011

bukan dia



Aku mengenali kamu mungkin sudah lama
Tapi kini baru untuk mendekati jiwamu..
Aku sedar, aku mula menyayangimu
Tapi aku tidak mahu, aku tidak rela 
Jika sayangku ini meracun jiwaku

Aku lebih rela putus jauh darimu
Kerana aku tahu ianya dusta belaka
Maka dengan itu, aku putuskan biar jiwa ini
Kecewa daripada aku menanggung dosa
Mencintai lelaki yang belum tentu menjadi 
Suamiku kelak...

Aku hanya seorang wanita
 Yang hanya ingin dicintai oleh suamiku yang sah
Maka dari itu, aku mesti kuat
Melawan nafsu untuk bercinta..
Kerana aku tahu bercinta selepas kahwin 
Jauh lebih indah....

*perjalanan aku masih jauh

No comments:

Post a Comment