Tuesday, April 1, 2014

KRUSUS PEMBUATAN ROTI KAEDAH GELATIN

Pada 28 mac 2014 hari tu saya sempat menghadiri krusus pembuatan roti bersama akak dan ela di Kolej Komuniti Ledang dengan bayaran RM40 seorang. So hari ini saya nak berkongsi ilmu pembuatan roti ini walaupun tak expert lagi, tapi okey la...


"Semoga Ilmu yang di kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua"


Firstly kena ingat 12 step pembuatan roti nie.

Nak buat roti kaedah gelatin nie kena standby gelatin dulu.


BAHAN DOH GELATIN

        70gm       tepung roti
        280gm     air panas


CARA-CARA
campurkan tepung dan air panas. kacau sebati sehingga tak berketul dan pekat. sejukkan. biarkan beberapa jam atau semalaman dalam chiller. apabila doh gelatin dah siap. barulah adun doh roti kita hehe..

BAHAN DOH ROTI
     

   490gm
     Tepung roti
140gm
Tepung gandum
18gm
Yis/mauripan
15gm
Susu tepung
12gm
Bread improver
15gm
Bread softener
140gm
Gula kastor
11gm
garam
90gm
Telur (2 biji)
80gm
Whipping cream
90gm
Mentega
60gm
Air sejuk

CARA-CARA

campur semua bahan kering  tepung roti, tepung gandum, mauripan, susu tepung, bread improver, bread softener, gula kastor & garam. dan putar (pakai speed 1 je dulu)

kemudian masukkan telur, whipping cream,air sejuk, gelatin ( selepas masukkan bahan ini, tukar kelajuan 2 pula. last sekali masukkan mentega. Putar dalam 10 minit.

okey dah setel, keluarkan doh dari mesin pengadun dan rehatkan selama 45-60 minit (proses penapaian)


sementara tu bolehlah buat inti roti ini.hehe....yang nie terserahlah korang nak buat inti apa. Kami buat inti sardin je...

tadaa....tengok tu, doh naik berganda-ganda selepas 1jam.hihihi....
keluarkan dan tumbuk2 doh supaya angin keluar. Rehatkan 10minit.


Kemudian bulatkan doh montel2, kalau nak cantik boleh timbang 60gm setiap bulat dan masukan inti sardin kite...setelah tu, rehatkan lagi sampai doh naik gebu...


gebu tak??hehehe...pastu boleh sapu (telur + susu cair) kat roti kite tu...Jangan lupe kalau nak letak bijan pun boleh. Bakar pada suhu 180 c selama 20 - 25 minit bergantung pada saiz doh.

 
keluar je oven terus sapu mentega..biar nampak berkilat...


 
Inilah hasilnya....
so dah boleh bungkus bawa balik..

  Jom balik....

p/s : roti ini sangat-sangat lembut dan lebih sedap dari beli kat kedai...
Kalau ada yang bertanya kenapa asyik gambar orang yang sama je, sebenarnya krusus ini cuma ade 6 peserta shj.


No comments:

Post a Comment