Monday, April 14, 2014

MIHAS 2014

Bismillahirahmanirahim....

CARILAH SUMBER MAKANAN YANG HALAL...

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
~Al Baqarah : 173~

Alhamdulillah 9 april lepas aku berkesempatan berkunjung ke MIHAS iaitu pameran makanan halal antarabangsa, banyak syarikat mempromosi produk keluaran mereka..Umum mengetahui sembilan per sepuluh pintu rezeki datang daripada perniagaan. Seronok tengok orang berniaga..


gambar kenangan student Akauntansi


PROGRAM ILMU

Malam 12 april tu pula sempat juga  mendengar ceramah ustaz Kazim di dataran Segamat...
kata-kata yang sangat terkesan kpd aku ialah "Jika kita menginginkan sesuatu perbanyakkan sedekah, sedekah itu pembuka pintu rezeki"


Firman ALLAH s.w.t :
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” 
(Surah Ibrahim, 7)

p/s : kita tidak akan miskin kalau kita bersedekah

No comments:

Post a Comment