Friday, December 30, 2011

Ari nie tak tau nak buat ape pulak pagi2. So update jap belog nie ha sal kejadian semalam. Bercerita tentang seorang kawan sekelas aku yang diduga dengan ujian dari Allah S.W.T. dan aku sanggat kagum dengan tindakan yang sanggup menggadaikan masa depan demi keluarganya.

Ceritanya bermula begini....
Kawan aku sorang nie berasal dari keluarga yang biasa2 je
Dia mempunyai seorang abang, dan 3 orang adik lelaki
Abang Dia sedang menjalani  training bomba yang bakal tamat Feb2012
Adik2 dia pula, sorang belasan tahun, sorang berumur 5thn, dan sorang lg baby lagi
Ayah dia pula kena strok dan menerima rawatan di hospital
Mak dia pulak sorang suri rumah tangga
Dan Dia seorang mahasiswa UKM yang juga sahabat aku

Dalam 5 ari lepas
Suatu keadaan yang telah mengubah pendirian dia
Dia mengakui goyah, jatuh tersungkur dengan dugaan ini
Adiknya yang belasan tahun yang selalu menjaga ayahnya yang sedang sakit
terlibat dalam kemalangan berlanggar dengan sebuah bas
Lalu meninggal dunia..

Semua dugaan nie berlaku semasa kami semua cuti study week
Aku tau berat baginya melalui minggu study week nie
Mane dengan nak kena hantar assignment lagi, presentation lagi,
Nak buat tesis lagi, nak study lagi, nak hantar ayah dia gi hospital termerloh 
Aduh tak tertanggung rasenya tanggungjawab nie.
Adiknya meninggal dua hari sebelum ayah perlu dihantar ke hospital

Sungguh kuat tamparan ini baginya...
Adik yang dikasihi tiada lagi disisi pergi buat selama-lamanya
Ayah yang sakit perlu dijaga
Adik-adik perlu diberi makan
Mak pula tidak berdaya, perlu menjaga baby yang masih kecil
Kemana dia hendak mengadu....

Hasil perbincangan dengan abangnya
Mereka hanya mempunyai 2 pilihan
Sama ada abangnya @ Dia perlu berhenti belajar
Untuk menggalas tugas menggantikan si ayah yang terlantar sakit
Dia putuskan biarlah Dia berhenti belajar

Fuhh....semalam 29Dis dia datang temui kami di Fakulti 
Aku tak sempat untuk menjenguknya
Kerana semasa itu masing2 sibuk dengan presentation
Dia datang ke UKM pun atas alasan
Untuk menguruskan surat berhenti belajar
dan mengambil barang di kolej kediamannya

Selesai tamat perbentangan kami 1 kelas sepakat untuk memujuknya
Untuk kembali bersama kami menghabiskan pengajian yang masih berbaki 1 semester sahaja lagi
Kami terus menuju ke kolej Kerismas
Aku temui Dia 
Nampak perubahan diwajahnya 
Matanya bengkak, air mata tak berhenti-henti menangis

Kata Dia...
"DIA nak benti Belajar, fullstop"
"DIA nak keje  bantu keluarga "
"Rezeki ade dimana2, mungkin bukan rezeki DIA kat sini"

Bagi kami sekelas...
Tidak lengkap pengajian kami tanpa awak
Tidak seronok tanpa Awak  bila kita grad tahun depan

Setelah dipujuk hampir berjam-jam lamanya
Hampir kami berputus asa untuk memujuknya lagi
Tapi alhamdulillah dia berjaya  dicairkan dengan tangisan kami
Cuba membuka hatinya, cuba menyuntik semangat di jiwanya

Kami semua akan bantu awak..
Semester depan cuma ade 3 kelas je
Awak boleh balik selebihnya...
Kembali bersemangat semula
Datang pada exam 3Januari 2012
Kami semua menunggu DIA di dewan peperiksaan

Akhir kata dari aku buat Wani...
Jangan sesekali menjadikan dugaan ini sebagai penghalang awak untuk berjaya
Tetapi jadikan dugaan ini sebagai pembakar semangat awak untuk terus berjaya
Kami semua sayang Wani..

1 comment:

  1. keprihatinan itu penting dalam membangkitkan semangat seseorang yang sudah luntur...sama-samalah kita mendoakan agar dia kembali semangat untuk teruskan kehidupan....dan teruskan pengajiannya sehingga grad...!!!! amin....

    ReplyDelete