Saturday, May 19, 2012

Bukakan pintu hatiku Ya Allah

Apabila hati tiba-tiba terasa insaf dan ingin kembali, 
Aku meneliti keadaan penampilan diri yang agak tidak sempurna penutupan auratnya, 
hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. 
Mengenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya.
 Namun, di saat diri mahu berubah.
Wujud dicelah-celah semangat itu dilunturkan pula dengan tohmahan orang sekeliling.
 Lantas lantaran dek mengenangkan kata-kata perlian & kejian yang bakal dilalui.
 Tambahan pula diri dilahirkan dalam keluarga yang ‘biasa-biasa’ sahaja penerapan & pelaksanaan agamanya,
 diri terkenang pula apa kata keluarga jika tiba-tiba berubah penampilan kelak.
Aku berdoa agar Allah mempermudahkan jalan untuk aku meraih redhaNya

Teringat aku pada kata-kata yang sangat memberi kesan kpd aku
"Walaupun keadaan terpaksa. Tutuplah AURAT mu, bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. PUASA lah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya memaksa."


 *Bukan soal cepat atau lambat, yang penting, perubahan itu ikhlas & istiqomah. 

No comments:

Post a Comment