Friday, May 18, 2012

Sopan itu Cantik

Allah S.W.T mewajibkan kepada orang Islam lelaki dan perempuan supaya menutup aurat & mengawal pandangan daripada melihat perkara-perkara yang tidak baik. Begitu juga perempuan Islam tidak dibenarkan menunjukkan perhiasaannya kepada lelaki ajnabi yang bukan mahramnya.
Tujuan Kewajipan ini ialah untuk menjaga kehormatan dan memelihara maruah diri. 

Jom hijrah..
Menutup aurat itu indah

SOLAT lah walaupun keadaan terpaksa. Tutuplah AURAT mu, bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. PUASA lah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya memaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu...??

Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari. . .

No comments:

Post a Comment