Friday, July 27, 2012

Praktikal- Dah masuk minggu ke 4

Jumaat - 7 ramadhan 1433 hijrah. Ramadhan kali penuh makna. Alhamdulillah sekarang dah masuk minggu ke 4 aku praktikal dgn YKS, dan 2 minggu dipindah ke pusat dakwah islamiyah Paroi. Minggu nie tak banyak klien datang, tapi kes mereka berat jugaklah. Aku kena handle satu kes je (urusan perkahwinan je..Tapi yang rumit kes nie adalah status perkahwinan klien dengan pasangan terdahulu meragukan, proses mendapatkan wali mujbir @wali hakim lg, kebenaran poligami lg. InsyaAllah kami akan usaha sehingga urusan klien selesai. Pada hari isnin tu jugak kami mendapatkan kes seorang muallaf yang memohon bantuan mengeluarkan anak2nya dari pertubuhan kebajikan kristian. Ya Allah permudahkan urusan saudariku mendapatkan haknya kembali. Yang paling menyedihkan aku kes seorang muallaf lelaki (21thn) dihalau keluarga setelah status pengislamannya diketahui dan diberhentikan kerja. Mengalir juga air nie mendengar cerita saudara baru nie. Tapi alhamdulillah pihak OSC dapat membantunya mendapatkan pekerjaan dan ditempatkan dipusat perlindungan.Besar ujian Allah terhadap dirinya, semoga dia terus istiqomah dalam mengharungi hidupnya.

No comments:

Post a Comment